Tuesday, December 27, 2011

kuasa air tangan isteri

lunch jum!!!harini cek yan masak.. :)

kitorang bertiga je kat rumah harini, sue, aida and me..i.Allah boleh mencapai kekenyangan, tapi nak mencapai kesedapan tu x kot..hehe..sebab bahan x cukup la kat rumah ni..

kalau tiba2 aku kena kawen time2 ni, except kena tangkap basah (nauzubillah), yela mana la tawu ada laki masuk minang and bagi solid reason kat mama abah aku, so tup tup jadi kawen, i rasa boleh kot nak jamu laki i makan..sebab juadah yang simple2 semua i dah reti, kecuali gulai sebab malu nak buat, x kaw2 lagi sampai skarang..jadi maybe laki i tu dia x feveret sangat gulai so memang cantekkk..ditambah pula dia beli peti ais besar kat i, pehhhhh memang heaven la nak letak sumber makanan untuk masak dalam tu..*berangan

pesanan dari penaja, carilah bini yang boleh masak, i.Allah kalau tiada rasa cinta lagi kat dia tapi dengan makan apa dia masak akan lahirlah segala rasa sayang..berbanding cari bini lawa tapi x pandai masak, perut lapar tapi dijamu dengan makanan beli kat kedai indon masak, so lambat sikit la rasa sayang tu nak develop..kepada perempuan di luar sana, tolong la belajar masak, x rugi langsung sebab kalau kita x berlaki pun kita yang kenyang perut weyhhhh..









p/s : lebih kenyang bila tengok orang yang kita sayang makan apa yang kita masak berbanding kita sendiri makan apa yang kita masak..and tajuk entry macam overrrr

Sunday, December 25, 2011

kehilangan yang besar :'(

aku bersyukur sangat2 sebab digerakkan hati untuk balik jugak minggu ni walaupun baru sangat je balik,  dan walaupun exam lagi bape hari je lagi..

2x i ulang alik pergi rumah toklong melawat beliau yang sakit teruk, macam x percaya je bila ingat balik last i jumpe dia b4 sakit haritu..sihat je nampak walaupun kelihatan x secergas dulu time mengasuh aku..tapi harini dia dah selamat pergi menghadap ilahi..alhamdulillah at least i sempat balik jumpa ketika hari2 terakhir dia dan harini i stay sana sampai la jenazah dibawa ke kubur..

sedih ni x payah cakap la, hari i datang tengok masa masih bernyawa pun x sanggup nak tengok lama2, hiba rasa..dengan dada yang turun naik macam seksa nak bernafas tu, kurus kering, cakap pun dah x boleh..

me : assalamualaikum..toklong, ni angah mai ni
toklong : *gerak mata..aaaaahhh
me : angah mintak maaf banyak2 toklong..terima kasih bela angah dulu2 sampai besar..*x sanggup dah

nak baca2 pun i tengah menses, al fatihah la yang boleh pun, toklong la yang ajar i baca al-quran so sedih la jugak bila x boleh nak baca tepi telinga dia balik, tapi xpelah nanti dah suci i sedekah la ayat2 suci al-quran..hmmmm banyak nak cerita semanye tapi masih bersedih lagi, henset i pun tah mane2 i letak..ya Allah sedihnya..dia x sempat nak tengok aku berjaya dulu, tu lah ajal maut ni di tangan tuhan kan, kita yang hidup ni kena meneruskan la perjalanan ni di samping ingat tentang kematian yang pasti akan menjemput kita one day..

1 benda yang buat aku rasa wow, toklong meninggal ni, anak2 dan menantu lelaki dia yang uruskan semua, dari mandi, solatkan, and kafankan..imam anak dia yang last, saf pertama anak dan menantu laki, saf kedua cucu2, yang selebihnya sedara mara..sesungguhnya doa anak yang soleh dan solehah la yang akan bantu ibu bapa di sana..bangga dengan toklong sebab xde sorang pun anak2 dia yang x hebat ilmu agama..dan ada anak ramai ni semanye bagus *huuuu =.="










p/s : sape2 yang kenal ahmad abrar, toklong ni tokwan dia la..

Wednesday, December 21, 2011

public parenting, bukan mudah yang disangka

maybe i bukanlah orang yang paling sesuai nak cakap hal ni, tapi ni just my opinion about this stuff..memang bukan mudah benda ni, because i've seen many of them can't handle their children like what they did at home..

kalau kat rumah kita ada hak mutlak nak marah, nak bebel,nak itu ini kat anak2, sebab between kita anak beranak je..kita boleh handle situation ikut cara kita..anak2 pun akan react or behave ikut cara kita handle..senang i kasi contoh la..

kata la Syafiq(bukan nama sebenar) bagi pecah pasu bunga kat lawn kita, so apa kita buat usually akan terus bebel la dulu, sebab selalunya mulut yang cepat dulu kan, haha, then kita maybe akan pukul dia kan, as pengajaran la, maybe just a slight cubit or something kan, kasi dia beringat yang after this no more football in my lawn, and as a warning yang you as my son should obey me, ur mother..kalau dia melawan konfem la marah balik kan, sebab kalau dibiar memang naik kepala, and anak kita tu akan terajar untuk melawan, nanti kang dah besar dah terlambat dah nak ajar supaya x melawan, right..



tetapi kalau kat public plak, do u think u can apply those method? nope, it will be totally different..kalau Syafiq kasi pecah barang dalam kedai, x kan kita nak bedebuk bedebak budak tu depan orang ramai kan, and x kan nak pokpekpokpek kat dia, sebab mata yang memandang tu sangat ramai, dan orang akan menilai..kalau kita marah guna mulut, dia akan jadi macam kita tengah bebel kat 1 kedai tu, dan semua terpaksa dengar bebelan kita, and kalau kita pukul, yang ni memang the worst thing la, makcik kedai sebelah pun akan datang tengok dan semua akan stop and stare..dan tahukah anda, kalau marah anak2 di khalayak akan jatuhkan air muka dia???mesti la dia malu kan walaupun dia buat salah, nanti anak tu akan kurang rasa hormat kat kita..so banyak la lagi benda yang kena consider bila di public nih..



sebab tu bila kita masuk mall ada jela budak2 yang tiba2 panjat itu ini, selak kain kat patung*ehem, main police and thief tengah2 crowded, bergaduh tomoi2, dan macam2 lagi adegan..mesti kita terfikir, ish laaa mak dia x larang ke weyh, xkan biar je budak2 ni, malunya, bla bla bla..so before kita melabel parents macam ni adalah kategori teruk,cuba kita fikir kalau kita kat tempat diorang dengan too many things to be considered, x ramai yang boleh berjaya dengan success, bukan..heee..

tapi i penah la tengok sorang budak ni dia nak makan ape tah,mekdi la kot, pastu mak dia order la makanan lain, so budak tu buat perangai la, then da puas merajuk, n maybe kena la kan cara pujukan tu, i dengar budak tu cakap kat mak dia, "i'm sorry"..*kalau aku pun cair..so it's about how we deal with them, budak2 ni bukan dia boleh fikir pun, kita yang boleh fikir ni la kena pandai amek hati, kena pandai disiplin kan diorang, kalau pegi rumah orang kena behave macam mane, kalau pergi kedai macam mane, tambahkan sikit teladan kat diorang..

jadi, tu jelah nak cakap..hehe..i bukan apa tiba2 utarakan topik ni, sebab baru2 ni ada kawan i cakap, kau tengok budak tu buat ape,mak dia buat bodo je weyh,teruk betul la,buat anak pandai,nak jaga harammm...hmmm, jangan cepat melabel, mungkin kat depan kita mak dia hadapi kesukaran sikit nak control anak dia,tapi kat rumah sangat cemerlang kan, who knows..kita yang x de anak lagi ni bole la cakap, cuba kalau ada, tah ke dah terjun kolam dah budak tu..^.^v





p/s : anak itu satu anugerah..inyaAllah saya adalah anugerah PERMATA hati abah dan mama :')

Monday, December 19, 2011

live a healthy life, people

perit jugak bila dalam keadaan genting nak hadapi test and perlu hantar report project tiba2 jatuh sakit..:(

malam kelmarin migrain teruk sangat sampai muntah2, dah lama x diserang, sekali dia serang memang x mampu nak tahan..sebab apa ye?stress sangat ke, rasanya x pun, but maybe lack of rest kot..

so for those who are very healthy, please don't invite any diseases in your life, u don't wanna feel the pain when u feel like your brain being squeezed and its beating at the same time, berdenyut2, and your head heat up..ditambah pulak dengan sakit tu melarat kat mata, rasa macam bijik mata kena picit2 masuk dalam..huuuu ok just sharing here, soooo please live a good life ok buddy..!!!

and nowww, demam selsema pulak.. maybe because of the weather kot nih, kejap2 panas, kejap2 sejuk..so badan i pun macam konfius and dia merajuk..lol

harap2 x lama la demam ni, banyak komitmen nih..:-\










p/s : i miss the time when u gave me panadol because i got headache over a lift, u even brought a medicine in ur bag,haha..lol

p/ss : sakit2 ni macam2 fikir, itu la, ini la..haish laaaaa

Sunday, December 18, 2011

i want nobadi nobadi batchu!(refer-iman)

tadi disebabkan nak cari ilham untuk sesuatu, terbuka la twitter..oh aku ada twitter??haha..sangat x hidup ye twitter tu, 13 tweets je tadi i tengok since buat dulu..tudiaaaaa..sebab niat awal nak buat twitter sebab nak follow pasal artis korea, fanclub artis2 kat sana and yang berkaitan..so senang cerita twitter tu macam i baca notes la..keh3

oh masih berbaki lagi sebulan lebih untuk sem ni,SABAR YAN SABAR..

next sem i target akan ada perubahan kat imej i..uhuk..bukan senang la kan, tapi hoyeh hoyeh i can do it, hmmm nampaknya ada yang nak kena agih2 nih baju dan seluar yang dah x sesuai islamic untuk dipakai..dan juga, nad, nak start bertudung next sem..aaaaaa sangat x sangka okeh kalau kita tengok dress up dia untuk berubah dalam masa terdekat ni, i.Allah hidayah Allah tu ada je untuk sape2, jadi berdoalah supaya dikurniakan dan dikekalkan hidayah itu..

wahai diri, jangan lah penat untuk terus memburu keredhaanNYA =)

baby ni terjaga bila i sayang dia..onyonyonyo






p/s : mula memahami sesuatu