Thursday, May 2, 2013

Langkawi Intern Trip

yeay yeayyy malam ni update blog. serious busy lepas habes praktikal, gua ingat makin menganggur xde kerja, rupanya lagi sakan heeee. ok mari kita ceritakan satu persatu ye.

pada jumaat yang lalu, kami geng praktikal tnb alor star, telah mengadakan satu budget trip ke langkawi. bajet gile sampaikan percutian ini hanya memakan rm200 untuk 2hari1malam. serious berbaloi2 dengan apa yang kami enjoy kat sana. so sape2 nak details harga untuk budget trip ni boleh la pm, recommended sangat2 sebab as a student yang mengharapkan duit tajaan ni kan, bajet2 ni la preferable.

actually trip ni kira macam farewell trip la untuk kami sebab yang mana dari uniten ni dah cukup 3 bulan berpraktikal, jadi tinggal lah yang lagi berapa kerat tu menyambung perjuangan di tnb. trip ni dah dirancang sebulan yang lalu taw, boleh kata tiap2 hari datang ofis akan bercakap topik langkawi ni. sampaikan staff2 kat situ datang bagi info sorang sikit maybe sebab tengok semangat kami yang berkobar2 ni kan jadi dorang pun bagi la semangat. memang bersemangat!hehe and tu lah tuhan makbulkan jugak apa yang telah kami usahakan ni, siapa sangka kan dari hanya bercakap2 kedai kopi pasal nak pergi langkawi ni akhirnya menjadi kenyataan.walaweyhhh hampa memang terbaik!!!

the day before.time ni ramai2 pergi beli tiket feri and ada satu kejadian kelakar kat sini. nampak x jari yang berinai yang buat peace tu?ok itu nadia. dia turun dengan bob pergi beli tiket,skali ada orang cakap "ni orang baru ni, nak pi honeymoon la tu" hahaha sumpah epic gila, kami yang duk dalam kereta ni memang bahan jelah dorang 2 tu kan. :)


us~
*baju yang dibeli on9 kat sallyfashion.com*


van yang disewa. bob lah driver kami sepanjang di sana, memang terbaik la dia punya driving, macam dah experience bertahun2 bawak van.


island hopping. kesian gile kat kitorang 2 sebab terlepas ke belakang, yang lain semua kat depan je huhu tapi bila time nak cakap main redah je jerit depan belakang hehe maap lah ye mat saleh iolls memang begini :p


muka happy habes time ni. yela dah la scenery cantik, pastu bot tu pulak laju so berangin2 la alahai memang besttttt sangat. nanti nak datang dengan enchek suami pulak hikhik


tasik dayang bunting. nampak kan dayang tu dia bunting pastu dia tengah tido. uniknya tasik ni dia terletak kat tengah2 lautan, border dia antara tasik n laut sikit je, i wonder jugak macam mana kalau dipecahkan bukit yang jadi border tu apa jadi eh?


swimming in the lake. the legend said kalau minum air kat tasik ni senang nak pregnant. huhu masalahnya i dah tertelan banyak jugak nih, mampuih -...-
balik dari island hopping, terus naik banana boat pulak, yang ni memang the best laaaa


lupa nak tunjuk awal2 motel or chalet yang kami stay malam tu. this is grand beach motel at chenang island, terletak betul2 sebelah pantai. sangat murah sebab rm50 jeeee. no air-cond just kipas ceiling tapi sangat lah sejuk malam tu, ingatkan nak panas so relex je x pakai selimut masa tidor sekali nah hamek kau dengan cadar tilam kena tarik jadi selimut. setiap bilik boleh muat 3 orang tapi kitorang tido 2orang, sebab chalet amek 3. bilik memang selesa, no argument di sini.


*camera abg alif*
malam tu keluar dinner kat baron bistro, sangat cantik tempat dia dan memang layan la sebab tepi laut. rasa nak duduk situ lama2 pastu x mau gerak mana2 dah. mata pun stim je ehekk


jalan2 di waktu malam sangatlah menyeronokkan jiwa, kami punya karoke dalam van tu sampai x dengar apa satu pun orang cakap hehe what a joy :)



beli cucuk2 panas ni kat tepi jalan. padahal x lapar pun tapi seronok nak lepak2 sambil mengunyah


masa ni masing2 dah kemasai dah, serious sakit betis, sakit tumit, sakit segalanya


malam pun berlabuh. yang geng laki lepak kat pantai lagi sampai tah pukul berapa. kami yang wanita ni duk dalam bilik bergosip soh seh soh seh. tapi bilik sebelah bunyi kah kah kah la sebab mira n jun punya gelak sampai kitorang dengar. best la malam tu apa yang disembangkan dengan nadia*ehek rupanya semua berpihak kat aku, thanx la hampa semua sebab bagitaw semua info2


ok the next morning,kitorang dengan semangat waja terus begerak ke pantai pasir tengkorak untuk mandi manda. yang ni lama la kami mandi sebab clash dengan hujan sekali, tapi still mandi jugak. dah lama x mandi hujan yang lebat macam tu. ada buat game jugak, pastu lawan2, race2. dah macam runningman taw. gambar ada dalam kamera mira.huhu


balik dari mandi pantai kat pasir tengkorak, kitorang bersiap2 and cek out. so destinasi seterusnya adalah underwater world. yang ni sengaja ditambah sebab x taw nak pergi mana lagi yang aktivitinya adalah santai.


for me, emm boleh tahan la underwater world ni. disebabkan besar sangat so mendatangkan keboringan la jugak, maybe sebab letih nak menapak, kaki pun sakit2. tapi dia menarik semanye kalau bawak budak2.


next, we went to cable car. masa pergi ni dia tengah buat yearly maintenance so xpelah kira cancel dah, and then kat situ jugak ada 6D cinema, memang menarik la kan tapi sayangnya tengah maintenance jugak. jadi pergi main dengan rabbit jelah sebagai pengganti. kat situ semua ada la, kitorang pun shopping2 kat situ jugak.


lastly, balik ke pekan Kuah untuk borong coklat. tapi masa hanya 10minit je diberikan sebab dah x cukup sangat dah masa. jadi keadaan masa tu macam race, and i pun main rembat je mana ada. hasilnya x jumpa pun coklat pepero warna hijau dan juga tiramisu. huhu


so boleh dikatakan ini antara trip terbest la yang pernah i join, sebab yang ikut ni semua best2 dan sempoi2. sayang korang semua sangat2. semoga ukhuwah yang terjalin ni dibina sampai bila2. :')

Wednesday, April 17, 2013

my favorite online shopping site!

say NO to food poisoning!!

rasanya dah lama dah x kena benda ni, sekali kena pehhhh teruk weyhhh. keterukan sakit tu buat kita rasa macam okeh x kan makan sesuka hati dah after this. no more pleasee. x sanggup kot nak alami sakit ni lagi, ever! little that i know ada injection untuk bagi kita x muntah, so terus i setuju je untuk di inject sebab memikirkan x payah nak uwekk sampai kejang urat perut lagi, kiranya sanggup la kena cucuk semata xnak muntah dah seriously i prefer bery cirit birit tu dari muntah. korang please setuju, jangan nak malu2 :p

pejam celik pejam celik dah tinggal lagi seminggu lebih je praktikal. macam2 i gained from this praktikal time, nak je bukukan semua dalam blog ni, tapi apakan daya usb cable hilang entah ke mana, so nak cerita balik macam x je kan, tengok la nanti i buat edisi bumper ke. cewahhh harap2 menjadi la. so tinggal lagi nak complete kan logbook dan buat slide presentation untuk present kat lecturer ahad nanti. pastu buat full report and tadaaaa sebulan bercuti tanpa perlu memikirkan apa2. humm rasa macam nak berjalan2 la, wahai duit, masuk la segera o.o

recently i ada online shopping kat 1 blog shop ni taw, aish macam dah ditakdirkan tuhan je taw macam mana i boleh jumpa blog shop ni. sebab usually kawan2 i yang rekemen kan *malas cari seniri* so ni i nak rekemen pulak kat orang lain, murah weyhhh itu yang penting! dan sistem yang digunakan memang sangat sistematik dan mesra pelanggan means dia akan selalu update status barang kita tu lepas tu diorang punya online chatting tu available je sentiasa, tengah malam pun dorang akan chat dengan kita so on the spot boleh tawu barang yang kita berkenan tu available lagi ke x, x macam sesetengah page yang jual2 barang ni, reply lambat, dan la kita tersuka benda lain pulak kan baru dorang nak reply.hishh

print screen sikit

so selamat bershopping di sini, nanti baju2 yang i order dah sampai, akan di update di sini ye.


Tuesday, January 29, 2013

quick update


  • it's 4am plus2 now n my eyes just don't get tired yet
  • the reason why i stop posting entry is : final exam
  • after busy with final, come another chore : housekeeping for loooong break
  • now enjoying every seconds of time at home before starting internship
  • u read that, i will have a 12weeks of internship soon, like real soon :(
  • active with twitter now, suddenly
  • and suddenly create new tumblr account : http://missbabble.tumblr.com/ 
  • doesn't even care about "if there any follower or subscriber for my acc?"*errr do we have to take it into account? :p
  • since i'm home i've already bake something : chocolate cupcakes with chocolate buttermilk topping

Wednesday, January 2, 2013

happy new year 2013

di mana saya ketika malam tahun baru??

tahun ni kali pertama sambut new year. rasanya the 1st and the last kot, cukup la merasa seperti muda2 remaja sekali seumur hidup. ehek walaupun x dinafikan rasa macam nak lagi tapi bila difiki2 kan balik, cukup la hanya sekali sebagai pengalaman untuk mengajar.

ceritanya bermula bila yuni and i spontaneously nak keluar petang tu, dan macam kena rasuk, kitorang sampai damansara. ok x camtu? haha ni paling pendek la boleh aku buat. so malam tu lepas dah mingle around baru perasan yang apsal la orang ramai sangat malam ni,ade pape ke? then dah pukul 9 lebih camtu baru sama2 tersedar dari kena rasuk yang malam ni malam tahun baru. no wonder la ramai belia remaja keluar. so memang stuck la kat situ, nak keluar komfem jam dah time2 ni. so enjoy jela apa ada depan mata kan, tengok2 orang, gelagat budak2 baru nak up yang macam2 tu. tiba2 rasa bersyukur sebab time i umur2 dorang i masih terjaga sangat2, xpenah kenal pun erti keluar malam, nak berjimba dengan lelaki sambil pakai baju seksi meksi apatah lagi. alhamdulillah. err walaupun skarang ni macam kurang baik dari zaman skolah =.=

dah penat cuci mata kat e-curve, jalan2 pulak pergi the curve. dan keadaan memang x sama la macam kitorang baru sampai tadi, tiba2 rasa macam kat pasar malam, mai mana la ramai2 niiiiii =.=
sampai kat jalan yang tengah2 antara the curve n ikea tu lagi la beganda2 ramai orang sebab rupanya ada konsert tahun baru kat situ, patut la awal datang tadi ada macam stage pastu jalan tengah tu ditutup, salunya i suka parking dalam ikano tapi dah jalan tutup, so parking dalam the curve jela. awal tu konfiden je i cakap kat yuni, ni maybe dorang buat roadshow juara lagu kot lol. memang x de langsung dalam kepala pasal tahun baru semua ni.

so layan2 jela kat situ, tapi kat kawasan yang x ramai crowd sangat la sebab takut x boleh nak keluar langsung kalau kat tengah2. so macam2 la ade malam tu, persembahan dari all 4 one yang hit song dorang "and i swear.....by the moon and the stars from the sky" heh x tawu tajuk lagu, pastu performance dari tah sape2 lagi. hmmm orang yang ade dalam konsert tu pun macam2, nak cite pun malas.

ok 1 yang paling i suke dan x bole lupakan, fireworks show. awesome sangat!!! 1st time i tengok fireworks show yang betul2 atas kepala i, rupanya perasaan dia an kita rasa macam bunga api tu nak turun jatuh atas muka, gayat2 gitue haha. jakun la katakannn. pape pun memang best laaa bunga api dia, macam2 jenis dan bentuk, sanggup tahan lenguh tengkok sebab xnak terlepas even sikit pun. heh psycho kan -...-


new year treat : makan kat korea ;p


yuni. owh yang botol2 blakang tu soju(some kind of alcohol) from korea. ada makguli jugak, makguli ni arak beras fevret orang korea, ada dalam cite korea ape tah i penah tengok dulu. and of course we didn't touch anything forbidden ;p


we were in bulgogi brothers. ini beef set yang di masak dekat meja kita. datang dengan set sampingan, huhu tekak melayu kitorang kurang bole terima la benda2 tu.


err macam sperm...??kan..?? =.="


sooo happy new year to all my friends, my family and my readers. :)) may this 2013 bring us happiness and lots of miracles. aminnnn....

Saturday, December 29, 2012

kakak's solemnization

SELAMAT PENGANTIN BARU KAKAK!!!

pada 24/12 yang lalu, kakak saya telah selamat diijabkabulkan dengan tunang nya pada ketika itu dan sekarang mereka telah selamat menjadi suami isteri. ehekk. memandangkan my sister still belajar so segala preparation my mom and family yang buatkan. untunglaaa kawen masa belajar, semua nak di support je kan..huhu xpela rezeki masing2 kan.

ok berbalik kepada akad nikah tadi, malam sebelum kejadian tu my family had a meeting antara 2 buah family, my mom's side n abah's. semuanya dibincangkan dalam meeting tu dari start hari akad nikah sampai la majlis reception, dan tujuan yang lain tu adalah untuk merapatkan silaturrahim antara family belah abah dan mama sebab ada yang x kenal sesama sendiri, biasa la tu kan.

pak tam yang pakai jubah warna hitam, adik abah i. paktam yang jadi mastermind untuk uruskan perjalanan majlis.

esoknya majlis start lepas asar tapi semua kena berkumpul di masjid pukul 4. that day i pakai baju yang last minute i beli haha naseb baik jumpe jugak. and murah, tu yang penting!

tema warna : grey.

the cousins :)


abang ipar :) ahakk jangan pelik la bila i x pernah bercakap lagi dengan abg faisal ni sebab segan. n now i pun da balik bangi.

menunggu. 

upacara pembatalan air sembahyang

*************************

reception diadakan pada 25/12. all the preparations were started from the early morning. kalau pagi tu rumah i macam hambar je suasana, tapi rumah nenek yang meriahnye, sebab breakfast semua makan kat sane dan lagi 1 rumah paktam. pengantin pun makan rumah paktam so rumah i, i jela yang kemas2 and buat apa2 yang patut.
rombongan pengantin sampai dalam pukul 12 lebih sebab kalau datang lambat kesian pulak romobongan yang dari kelantan ni macam nak rushing2 balik pulak kan. so sepanjang majlis tu alhamdulillah x de pape yang berlaku dan mama cakap, yang penting lauk cukup. and me, as tuan rumah x sempat pun makan rojak, bubur and kueteaw gorang. sob3 tapi xpe it was sooo fun to layan the guest, kenal orang tu orang ni. saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih la kepada semua yang terlibat menjayakan walimatul urus kakak saya, budi and a hanya Allah yang dapat membalasnya :)

ni malam 24. packing goody bag. terharu snagat my best friend pun datang tidur rumah untuk tolong2. thanx ala :) <3 p="p">


pelamin ala garden.


bilik pengantin

seragam. fyi, i yang pilih kain ni. antek annnn....hehe


gigirls with pengantin


rombongan pengantin lelaki diiringi serunai.

geng serunai ditempatkan di gazebo rumah. sepanjang majlis tu dorang main, i ingat bunyi benda ni x best tapi ok jela masa kenduri tu, maybe sebab lain2 kot lagu yang dimainkan


got silat some more :) yang x bestnya masa ni i tengah makan kat dalam so x dapat tengok pun


flower girl yang tertinggal baju. hehe


potong kek. sponsored by cupi n maksu yah

makan beradab


she's very pretty, ain't she??? 


goodies counter


kueteaw goreng stall. maaf anda perlu beratur ye :) sebelah stall ni ade teh tarik corner jugak. terbaik!!


sireh junjung kreatif 

hantaran






mama pun mekap tawww hehekk pengaruh i la ni


big happy family (mama's side)


chaos at first hehe

so that's it, sekitar majlis perkahwinan kakak. semoga hubungan yang dibina ini berkekalan hingga ke syurga. aminn :)