Sunday, January 29, 2012

video walimatul urus pula

lagi pasal majlis perkahwinan Puan Wan Nabilah..hehe..semangat pulak cik yan ye..xdelah, just nak kasi link video je..so sesape yang nak sangat tengok majlis akad nikah dan moment2 lain yang penting nih boleh la tengok video kat youtube keyh..

http://www.youtube.com/watch?v=NKpv77Qx2u8









p/s: kepercayaan x datang bergolek

Saturday, January 28, 2012

walimatul urus Puan Wan Nabilah

insyaAllah kami semua akan menyusul selepas anda..masa yang akan menetukan segalanya.. :-)

friendship forever

bersama2 dengan cik wan sebelum bertukar ke puan wan

fevret picture

tiba2 jadi mak andam..lol~

terlalu sweet dan comel

ok tu jelah yang rajin nak upload..hehe..alhamdulillah semuanya selesai dengan lancar..harini majlis bertandang di sebelah lelaki pulak di johor, so nantikan gambar dari pihak sana lah pulak..ok bubye, nak tolong2 hidang makanan..actually nenek i buat minor operation mata nih, so macam busy sikit la..










p/s : doakan

Friday, January 20, 2012

melentur buluh biarlah dari rebungnya


budak2 kalau kita ajar benda yang baik2 dan elok2, maka elok lah jadinya..dari kecik dah dibiasakan menyebut kalimah Allah dan puji-pujian kepadaNya, insyaAllah akan meresap kebaikan dalam diri mereka..

budak kecik comey ni cucu arwah toklong, 2 malam lepas i pergi rumah arwah untuk tengok toklong pompuan, kebetulan ada la 2 3 orang lagi anak cucu kat situ..sempatla kejap main dengan budak ni..nama penuh Iffah Uyuni, tapi panggil uni je..cakap banyak dan suka bergaduh..hehe..geram je tengok dia duk main tangkap2 gambar..ada sekali tu dia nak snap pic i, taw x dia cakap ape, "ish senyum sikittt"..haha..dah macam orang tua2 dah..

baru2 ni i ada la tengok rancangan kat tv, ada sorang budak tu baru je 3tahun tapi kepandaian dah macam darjah 5 6..pandai baca, dah kenal warna and macam2 lagi lah..cakap plak fluent je in english..mungkin budak tu gifted kebolehan macam tu, tapi x mustahil pun untuk jadi dekat budak2 lain kalau cara didikan tu betul..i tengok kan, budak2 ni dorang sangat power bab2 copycat..ajar 2 3 kali dah cukup, mesti dorang akan ingat..contoh kalau kita duk main2 "cak cekup"..errr ada yang x tawu ke ape mende?

cak cekup ni yang kita buat tangan bukak tutup sambil sing along "cak cekup udang gamit, mintak kapur bagi kunyit"..tone tu kena slow2 dan onyonyo..cak cekup ni salunya akan diajar dekat budak2 yang belum setahun..can u imagine budak yang x boleh jalan and cakap lagi tapi boleh ingat nak buat tangan bukak tutup once kita nyanyi..sebab apa?sebab dorang sangat mudah ingat dan absorb apa yang dorang observe di sekeliling..

jadi, kalau cak cekup pun dorang boleh pro, x mustahil selawat ke atas nabi dan nasyid2 ketuhanan pun dorang akan mudah hafal..kita x payah susah2 ajar pun xpe, bukak je lagu tu bagi dorang dengar tiap2 hari, i.Allah boleh..terang hati lagi kalau dibisikkan ayat2 berunsur islamic kan..


 





p/s : pendidikan sekular di sekolah boleh diolah di rumah

Saturday, January 14, 2012

Y stands for Yan

harini hari i keluar meronda..so apa yang peliknya??haha..

sebabnya i kalau balik rumah, susah i nak keluar dah, i lebih suka duduk-baring-golek-makan-tengok tb-etc dalam rumah berbanding bersosial di luar..betullll...haaahhhh..

jadi, pagi tadi i pergi amek hanim, my so called niece, dengan itu kat rumah i ada la kawan..hehe..sedih pulak ayat nih..tujuan sebenar i nak kasi baju2 yang i dah x mo pakai kat dia, sebab nak kasi adik i komfem dia x muat, baju2 tu masih dalam keadaan elok, ada yang i baru je pakai 2x, ada yang i dah beli lama tapi just macam hiasan dalm almari and ada yang dah x sesuai i nak sarung =.="..kalau nak tunggu lama2 baru kasi, sape nak kan baju yang dah lusuh, i pun x nak kalau orang kasi free..so let's hope imej i berubah sikit after this, because this is just the beginning of it..i.Allah~

i ada jalan2 dengan hanim, and boleh x i pegi beli cincin...!!!haha..bukan ring yang salu orang pakai tu, ni ring yang teenagers punya..tah kenapa i boleh layan pulak dengan hanim tadi..but its cuteeee..hek3..oh and i ada singgah rumah cousin i, kak nuha..1st time i pergi rumah dia since dorang stay sana..yang boleh terlintas nak pergi tu sebab masa i jalan2 kat tasik terjumpa abg aiman, her husband tengah jogging..bagus kan, even dah kawen and ada anak pun still suka bersukan and jaga badan..i stay kejap sampai maghrib..bila fikir balik, i dah macam orang tua2 dah kan, melawat rumah sedara mara..sendiri2 pulak tu..haha sebab i rasa if we want people to get along with us, we have to start it first..lagipun sedara mara je pun kan, kalau outsiders memang segan la sikit..heee~

:-)


oh tomorrow my family and i will be having a picnic time together..ok i lupa dekat mana huhu so i will prepare sandwich telur tomorrow morning, please pray that i will wake up early tomorrow ye as everybody in this town knew that i am not a morning person..










p/s : be good to those who hates you, I.Allah Allah akan bukakan pintu hati dia untuk suka kita dan seterusnya mengubah pandangan negatif dia tentang kita, its a win-win situation ^.^v

Sunday, January 8, 2012

my bad habit satu ketika dulu



ada x sesiapa kat sini yang suka gigit kuku?hehe..di sini saya nak mengaku yang saya suka gigit kuku..DULU..sekarang ni memang dah cantik lerrr kuku i *tayang2 sikit kuku..tapi kan, x dinafikan la kadang2 bila ralit(leka) akan bawak jari masuk mulut jugak, tapi once i tersedar i stop la..buruk benor ler kan dah besar panjang pun gigit kuku lagi..

masa i kecik dulu kan selalu i kena tampar tangan oleh orang sekeliling..tengah duk feel gigit kuku, paaapppp!!!tangan i kena tampar..wuuuuu sedih..tapi pun, bukannya nak terbiasa, duk lagu tu jugak..haish..kuku ni memang x berkesempatan pun nak tumbuh, nak memanjang apatah lagi..

and then, there's one time i gigit kuku dengan rakus sampai terluka..luka tu xpe lagi, xdela sakit mana..pastu kan benda tu kotor, bercampur dengan luka boleh jadi infection..lukanya dah kering dah tapi malam tu i duk sakit jari..sakit yang berdenyut2, memang x boleh nak tidor..menangis la i malam tu sebab sakit..punya la kuman tu duk makan jari i kan, dia duk jadi nanah la yang sakit denyut2 tu..

then esoknya jari i bengkak, and it's getting bigger rapidly, bila sentuh kat bengkak tu sakit and the colour is pale, bukan bengkak yang warna merah..tapi i biar je sebab dah sakit kan..but then abah i nampak, dia pegang jari i sambil beristghfar panjang..haha.

"tudiaaaa haihhh, sampai teqa ni gigit, ni taw dak dia bernanah kat dalam ni?luka ka sebelum ni?awat biaq saja?"..me: sakittttt
"ni dah cukup masak(x pasti perkataan ni ke x) dah ni, kena cucuk bagi pecah ni..nanti abah balik kerja abah buatkan..me : xmooooooo!!.."taw dak kalau x buat, lama2 kuman ni makan kuku, pastu tercabut terus the whole kuku sebab kuku tu mati dah"..me: *cry sebab takut kuku hilang and pk kesakitan yang bakal dihadapi

abah dah balik kerja dan terus panggil i..*dup dap dup dap

abah bawak keluar duri pokok yang bapak menakutkan..(T__T) "awat abah pakai tu?angah x mauuuuuuu wuuuaaaaaa.."kalau jarum biasa nanti lagi sakit sebab x cukup tajam macam duri ni, yang ni hujung dia lagi runcing"..i x setuju sebab masa tu x belajar physic lagi bahawa P=F/A..kehkeh

maka kedengaranlah jeritan yang seram dan sayu di seluruh pelusuk alam..*tapi abah belum buat lagi pun sebab i duk meronta2
last2 dengan 1 cucukan yang sepantas kilat, segalanya selesai..pastu boleh i stop meraung pulak..haha rupanya x sakit mana pun..macam kena electric shock kejap je..pastu keluar la nanah..urghhhhhhh geli gilaaa!!!i suruh abah yang buatkan sebab i geli tengok..tapi abah suruh i la yang buat sendiri sebab lama jugak dia nak keluar habis, abah suruh slow2 picit sampai keluar darah, darah tu darah kotor, so kena keluarkan la..

ada kot 2 hari i duk urut2 jari i..sambil lap2 dengan tisu..makan ni xyah cakap la, komfem pakai sudu..bila dah segalanya keluar, i nampak macam kuku i senget sikit, so betullah abah cakap tu, kuku tu dimakan oleh kuman yang akan buatkan kuku tu mati..nasib baik cepat cucuk, kalau biar je, tah la kena potong jari kot..*oh tragisnya

tapiiiiiiiiiiiii, sape cakap i stop gigit kuku after kejadian ni???haha dengan tanpa keinsafan i duk gigit jugak kuku..nak habaq betapa ketegaqnya i..then dah masuk sampai form 4 i stop..haha..stop yang serious, sampai kuku i boleh jadi cantik balik..cer korang teka kenapa???hint dia, bukan sebab jari i kena potong atau disebabkan kesakitan

"kau x malu ke nanti boifren kau tengok kuku kau x cantik?kuku dia tah ke lagi cantik dari kuku kau..dia tengok muka dah cun, sekali kuku buruk,reject terus"..pehhhhh sebab ni je i stop..i pun rasa macam x percaya..sakit yang macam nak gila x dapat bagi pengajaran pun kat i, tapi sebab nak nampak cantik di mata boifren je i sanggup stop..tudiaaaaaaa......









p/s : sekadar berkongsi pengalaman