Sunday, June 24, 2012

unitengua part 1

i should be sleeping right now..huu xpe, excited nak becerita pasal unitengua hari pertama nih..

kesimpulannya i memang suka sangat event ni dan sepanjang duk uniten ni, ni lah event yang boleh buat aku bertahan lama walaupun penat gile dan panas ya amat..jadi, jum biar gambar je yang berkata2

malam persediaan..dapat task tiup belon..huh rasa melugai je tiup belon banyak2


hari off-day, so boleh pakai baju orang biasa..taw x badge tu free okeh..i lurveeee free things :o


lepas dapat badge, boleh la bajet retis sign kat banner..nampak x sign kite tuuu :D


tembak tembak tembakkkkk ok satu je yang kena di antara 10 bullets yang dia bagi


robot yang boleh submerge dalam air and orang tu cakap ikan x lari tengok dolphin ni, dari club robotic


robot lawan bola sepak..satu tu wireless remote control


macam kerusi roda electronic, boleh ke sana kemari pakai tekan button je


solar car tu xde kena mengena dengan SeRaMu


i <3 seramu okeh, bukan si umar adnan ni..dah nampak macam yb dah anak menteri besar pahang nih, selalu gi kelas biase2 je, nampak nerd je


uniten motorsport club..creative enough huh..i suke baju korporat dorang, kuning ema baju raya tahun nih..hehe


kelab kembara


show dari kelab kembara


kalau dah kelab masuk hutan nih, memang ke mana pun akan berkhemah


rowing club :)


booth chipster..kalau like page dorang kat facebook, dapat sebungkus chipster yeayy free lagi!!!


booth shutters(club pfotography)..boleh buat photoshoot dan dapat tangkap instant picture jugak


club wawasan, dorang dapat anugerah club paling popular dengan pungutan ahli baru paling ramai


club2 keagamaan


silat gayong


persatuan agama hindu, dorang dapat anugerah paling happening..tengok decoration la kn


cupcakes from SAQ(sahabat al-quran)


pertandingan timbang bola by kolej kediaman amanah


kepenatan


acoustic performance


flshmob dari unics


yang lain pun layannnnnn


aduh dah x daya dah la pulak..sambung esok jelah untuk activity malam ye..

Friday, June 22, 2012

lu olang mali2 datang unitengua





UNITENGUA 2012

-Theatre (UiTM, UTP, AWARA, PROJEK DISKO BALDI, AI:IA)
-Live Band (STUDENT, OTAM, COUPLE, OAG, ESTRANGED)
-Talk by Sham Kamikaze
-Fashion Show
-Club/Society Bazaar (53 Clubs & Societies)
-Interactive Bazaar
-Chipster Giveaway
-Spritzer & Nestle Interactive Booth
-KFC Krusher Giveaway
-Blood Donation
-Short Video Screening
-Book Exhibition
-Hot Air Balloon
-Games
-Set Menu Sayang UNITEN
-Bazaar (Food & Accessories)

WE LOVE OUR UNIVERSITY, UNIVERSITY IS WHERE WE BELONG

1st Step Towards Transforming "The Loop" As The Most Happening Place in UNITEN




~ikhlas dari buruhcrew unitengua

Monday, June 18, 2012

skor lari

semalam i dah offer diri untuk jadi volunteer crew for 2 events..event unitengua dan dota tournament..dah la kepada orang yang same pulak tu, si abam mpp yang baru ni i beli-tukar-jual-beli balik tshirt dengan dia..huhu harap2 dia x ingat aku nak ngorat dia la..-...-

semua ini kerana SCORUN..apa itu scorun kawan2?ia adalah satu sistem kokurikulum macam kat sekolah dan matrik..kt sini xde koko yang wajib macam kat ipta so xdela kitorang nak dapat A dan menambahkan pointer untuk subject sukan..sob3..jadi, uniten came out with an idea untuk menambahkan nilai waja diri student nye supaya menekankan keaktifan diri semasa keberadaan di kampus..jangan hanya tahu study dan tidur di bilik sahaja..

ok, tu sedikit sebanyak rumusan tentang scorun..jadi, kenapa saya sangat beria dengan en.scorun ni??nah....lihatlah kaum adam dan hawa sekalian, pekung sudah dibuka untuk menginsafkan semua pelajar :(

lihat bahagian yang ber arrow..dan menangis penuh keinsafan..


haih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan nih..nak duk uniten ni bukannya lama lagi dah..macam mana kalau x sempat? macam mana kalau x boleh grad semata2 sebab scorun??wuuuuuu xmo xmo xmoooo..

but, i yakin yang dorang x key in banyak lagi point i kat dalam ni..mana mungkin aku yang active ni hanya berjaya mengumpul sebanyak ni??heh~ jadi, kepada bahagian admin, silalah efficient sikit kerja anda supaya kami dapat melihat hasil titik peluh kami dengan lebih tepat dan jitu..

walau apa pun, saya akan tetap bergiat aktif untuk mencukupkan scorun seperti yang uniten mahukan..yeh!!semangat!!jum jadi usher vip yang kena pakai baju pelik2..hahaha

oh ya, malam jumaat yang lalu, saya telah memakai sepersalinan baju yang tidak pernah saya pakai kecuali di kenduri kahwin sedara..dan hanya sekali seumur haidup saya pakai dan malam jumaat yang lepas telah bertambah menjadi 2 kali..fuhhhh kejayaan..semoga tiada lagi pembaziran baju selepas ini..

pada malam jumaat di kelas agama ustaz dzul









p/s : kelas lagi 2 jam, jum tidur..kroih kroih

Friday, June 8, 2012

idea picisan

sometimes i wonder, kenapa la sekarang ni jarang sangat nak update blog..adakah busy sangat? kalau yang ni memang x langsung disebabkan dah settle down dah urusan exam apa semua..adakah sebab xde aktiviti dah dalam hidup?haha bole jadi jugak..ataupun disebabkan semua yang i fikir dah x relevan nak share?huhu yang ni pun betul la kot..

jadi, i nak mula terlibat dengan aktiviti balik la lepas ni..boleh la timba pengalaman lagi dan boleh share dengan orang lain jugak..asek baca pengalaman orang je kan, pegi sini pegi sana..beshnyeee..petang ni rasanya nak pegi rock climbing la..kalau rasa sesuai nak share gambar, mungkin akan diupload la kat sini..kahkah apa kejadian pun xtaw la nanti..and maybe akan join kem survival pulak nanti..tudia desperate sangat nak ada aktiviti -.-

air terjun Panching, Kuantan..very beautiful :)


bagi i, muda2 ni la nak join aktiviti macam ni, dan yang paling penting, ketika masih bujang begini..i x rasa nanti bila i dah berumur sikit i akan eager nak buat aktiviti yang extreme atau merata2 macam ni..masa tu mesti dah x rasa macam cool je kalau join, mesti rasa malas, x larat la, pastu sakit sini sana kalau kasar2..hummm xnakkkk, nak cergas je walaupun dah tua nanti :(

cold water


lagi 1 kalau dah kawen, memang terbatas la nak buat aktiviti macam ni sebab ada komitmen lain..xkan la nak sebok2 p sana sini bila dah ada family sendiri kan..yang dalam rumah sendiri pun x sempat nak urus, nak pulak pegi spend time dengan orang luar..huhu and kalau nak pegi dengan family sendiri, i rasa aktiviti la pulak terbatas..contohnya nak berkayak..kalau berdua dengan suami je xpela, tapi kalau dah ada anak, mesti either i atau hubby yang kena tengok dan melambai dari jauh..huhu..pastu pulak kalau aktiviti yang macam jalan2 pegi pulau ke, kalau dengan suami, dan nak bagi meriah ajak kawan2, komfem banyak je masa kita dengan suami dan bukan dengan kawan2..kesian dorang, datang sekali tapi terabai pulak..dan kawan2 pulak mesti akan fikir kita ni nak privacy time, so dorang pun buat2 la pegi tempat lain kejap, pastu pulak nak try itu try ini, kena la tanya dulu bole ke x, kena suami kata x boleh, humm tengok jelah kawan2 main..dan kesopanan dan kesusilaan sentiasa kena alert supaya baik je di mata suami, xde nye kau nak gelak bedekah2 dengan kawan bila ada situasi tertentu, mesti gelak pun tutup mulut dan terkencing dalam seluar sebab tahan..wuuu bosannya la macam tu..baik pegi honeymoon je kalau nak percutian yang macam ni kan..

sunrise kat Telok Chempedak


ok banyak lagi point kalau nak utarakan, tapi xpela nanti ada institusi suami isteri bengang pulak dengan i..hahaha..xdelah, ikut masing2 la..kadang2 background orang tu sendiri yang mencorakkan hidup dia..sepanjang hidup dia x penah pun nak berseronok dengan kawan2 sebab mak ayah jaga gila kat rumah x bagi keluar, so dia x tawu dan x teringin pun nak spend time dengan kawan2 cara tu..bagi dia, semua benda kena buat dengan family, so bila dah jauh dengan family, kawen jelah, so back to the family kan..

ok tiba2 dah malas pulak..hahaha..nanti jela sambung balik.. ngee










p/s : i <3 my new telekung

Wednesday, May 30, 2012

malas people ain't cool

yes, another new sem begin..this sem, pointer i ditakdirkan naik..hoorah..ecece seronok letteww..hello, ingat senang nak naikkan pointer?nak menten tu pun dah payah, tapi nak bagi turun memang cukup senang la..sape cakap duk uniten ni senang dapat 3 pointer?haha kalau betul, memang i lah yang paling happy skarang..huhu tapi semuanya mitos belaka..nak taw x, subject agama and bahasa melayu yang senang pun x dapat a..hhaaaa camno tuh..tu baru subject senang, ni subject yang berganda susah ni cane?hurmmm tapi boleh jugak la dapat a, maybe sebab terlalu fokus subject susa yang membuatkan hilang fokus untuk subject senang kot..
#tapi facts taw, ramai je x dapat a..

nak banding daya usaha dan ketahanan i dengan housemate, rasanya i la paling malas sekali..sob3 please lempang me for this..:( but that's an advantage for me sebab dapat housemate yang rajin and pandai2..banyak je budak lain yang pointer ala kadar je, yela bukan senang kan nak dean's list ,and even nak menten 3 pointer pun susah so fenomena biasa la kalau ramai pointer ala kadar, but then, among all of them, i dapat kawan baik yang memang pandai..hummm nikmat tu..syukur sangat2, at least i yang memang malas ni akan ter jadi rajin bila dorang study..haha malas sangat gayanye tuh

last two sem punya holiday..harap2 kita boleh grad same2 :)


i rasa malas2 i study pun, fokus i untuk study x lari lagi la..SO FAR..ada kerja i buat and siapkan ikut due date, kalau nak test or quiz i akan siapkan diri dengan ilmu yang patut ada, (means nak belajar lebih x la)..haha..then untuk final, study boleh jadi kategori gila2 jugak la..well pengalaman biasa utk orang yg study lat minute..but for me, i can cope with that, so nak jadikan contoh pun xboleh jugak la..i took nescafe not for its taste, but for its caffein..just to stay up till morning..i on facebook berejam2 kadang2 tu sebab nak bagi i x sunyi sangat, yela facebook ada millions of people kan ngee~
sape kata x sunyi kalau study?bayangkan la i study kat meja study kat ruang tamu, kata la dorang yang lain masuk tidur dalam bilik, tak ke lonely macam tu..xde sape kat depan melainkan yang tengah segar mata panahan nescafe ni dan xde bunyi2 langsung, pastu plak bilik dorang tutup rapat2, dengan lampu yang malap2..huhu shunyi nak ke sheram dah tu..

xpe2, sakit sekarang apa lah sangat nak dibandingkan dengan sakit hidup susah bila dah tua nanti kan..huhu masa tu mesti kita akan ingat balik time duk u kita main, menyesalnyaaaa..huhu xnak macam tuuu..sob3..jadi apa lagi, biar penat macam mana sekalipun, kita x givap..study tu utamakan dulu, utama lebih dari utamakn kekasih hati anda..heh~

pasir nan sejukkkk


tapi tu lah, setiap yang kita buat tu, niatkan kerana Allah, nak kasi dapat pointer yang tinggi, nak banggakan mak ayah, nak capai cita2, and nak tunaikan impian semua yang mengharapkan kita..i suka sangat kalau orang tu dia x pandai pun tapi dia usaha kuat gila..ya Allah ohsem nye rasa..yela some people they are slow learners kan, tapi kalau usaha tu kuat, slow learners pun boleh dapat bayangan genius taw..i usually akan tertarik kepada brain dulu before tengok ke benda yang lain kat orang tu..sebab bagi i, kalau orang tu pandai, means that dia tu seorang yang berdisiplin..dia pandai bahagi masa dia, dia tawu aim dia, dia berusaha untuk improve diri dia..so attitude macam tu la yang kita nak kan..

tapi above all these, kalau dah rezeki setakat tu, nak buat macam mana kan..yang ni lain cerita la..tapi apa2 pun, usaha dulu..kita kalau dah usaha teruk2 tapi x dapat kita rasa macam pasrah yang memujuk hati kan, tapi kalau kita x usaha dan memang dapat teruk, menyesal yang xtaw nak describe..sooooo usaha jelah..kalau x dapat sekaang, mungkin ke depan2 nanti..jangan plak x usaha apa pun atau usaha sikit tapi nak pujuk diri mcm ni jugak..kalau duk malas macam tu dari mula sampai bila2, memang x ke mana lah..orang boleh naik kereta bmw, kita pun bole gak naik kereta, tapi stakat proton jelah..paham x, paham x? :)

my housemates


hamboihhh cakap macam good2 je aku nih..well, ur assumption, ur matters la..for me, this is how i motivate myself during my malas time..haha so i hope its beneficial to the readers too..doakan kejayaan saya ye kawan2..masih merangkak2 untuk panjat tangga nih..











p/s : sem dah start tapi xreti2 nak balik lagi..kehkeh