Sunday, July 29, 2012

perut towel

harini dalam sejarah i rasa i pergi cari perut and balik buat perut cicah air asam..haha angin xdak, ribut lagi xdak, tiba2 siap juadah ni..oh sangat fevret okehh..tapi apakan daya, air asam ni adalah kali pertama dibuat sendiri oleh cik yan secara keseluruhan, maka rasanya tidak cukup kaw macam mama salu buat..tapi boleh telan lagi la..


macam mimpi pulak rasa sebab i buat sendiri, kat uniten pulak tu..haha macam2..


perut ni dah siap diproses, so xdela i kena susah2 basuh dengan air kapur bagai, just basuh dengan limau nipis then rebus je


need to improve lagi nih, sebab masam sikit..







p/s : mengidam laksa siam la pulak

Friday, July 27, 2012

the holy creature

At the time when the Quran was being revealed to him(Rasulullah s.a.w), he used to smile most. When something happened, he entrusted it to Allah, kept himself free from his own strength and ability and said in invocation:
 'O Allah, show me truth in a true manner or give me grace to give it up. You guide to the straight path whomsoever You will.'


though hard or easy, i hope i will never abandon this one

my favourite quran..cover dia ber cushion macam bantal..heee


my favourite surah since secondary school =)








p/s : saya harap awak masih mendoakan saya

Sunday, July 22, 2012

curahan kasih yang tak terhingga

malam sebelum 1 Ramadhan merupakan malam aku demam panas yang rasanya paling teruk setakat aku dah besar dewasa ni. dan x pergi klinik pun sebab masing2 busy sangat dengan tanggungjawab mereka sendiri dan aku pun x nak susahkan sape2. oh and yes, aku baru je demam minggu lepas2..tapi tu la, melatih untuk aku sabar dengan ujian yang tengah Allah turunkan kat aku dan dalam masa2 genting aku nak masuk ramadhan. tapi aku masih bersyukur dengan jemputan Allah yang membenarkan aku merasa ramadhan jugak.Alhamdulillah

terima kasih yang x terhingga aku credit kat housemate aku yang banyak bantu aku malam tu, sumpah malam tu aku sendiri takut dengan apa yang bakal jadi memandangkan aku ada sejarah masa kecik2 bila badan panas sangat aku boleh jadi 'tarik'. oh x sanggup nak fikir kalau jadi umur skarang ni dan jauh dari parents aku :'(

malam tu, aida dengan suri bergilir2 lap badan aku dengan kain basah perisa asam, ni pun aku la yang bagi idea sebab dulu penah abah picit asam dalam 1 baldi air and mandikan aku untuk turunkan suhu badan. dorang picit2 kepala, picit2 kaki. aku masa tu mesti la masih boleh fikir sebab sedar lagi cuma kurang reaksi sebab lemah, mata pun tutup je. pastu aida letak kokyok(menatang yang pelekat dekat kepala untuk kurangkan pening) kat kepala, letak koolfever lagi kat dahi. rasanya total towel basah yang digunakan malam tu dekat 5 helai jugak la, sume menyumbang apa yang dorang ade just to help me huuuu :'( terharu sangat.

then tengah2 malam i terjaga pulak sebab blocked nose, so i bangun tidur luar kat ruang tamu and lega la rasa dia sebab macam selesa2 gitu, dah tidur tu rupanya housemate i masih monitor keadaan i, sebab masa i tengah tidur i terjaga sebab terkejut sejuk. tiba2 je rasa towel basah kat tengah belakang, memang mengeliat la jugak, kulit i jadi sensitive dengan air, macam pedih la bila kena air mungkin sebab panas kot, tah la. humm x mampu la nak balas dengan hanya ucap thank you kat korang semua.

then subuh2 tu kejut i solat subuh and pegi suruh mandi sebab katanya bagus untuk orang demam. humm seksanya mandi dengan kulit rasa pedih, macam over pulak mandi pun nangis2 dalam bilik air.ok banyak sebenarnya lagi yang dorang buat dekat i, aduhhh terharu sangat2. hanya 1 je yang boleh aku janjikan kat sini, aku x kan khianati korang la. means aku akan cuba sedaya upaya untuk x biar korang susah sebab aku, aku sayang korang sangat2 walaupun korang macam rasa aku kurang curahkan kasih..hahaha mesti sebab mulut laser aku ni kan. huuuu *dush dush dush tampar

hehe sweet x weyh aku stay up untuk tulis post ni..lol gila x ikhlas bunyi. ok xdela gurau jeee, aku still blocked nose ni, x bole tidur dan kepala pening, tadi siang punya sehat sampai bole pegi bazar ramadhan kot..huhu xpela ada hikmahnya kan semua ni..muwahhh love uolss ketat2 taw..kehkeh


Thursday, July 19, 2012

cerita tapak kasut

alhamdulillah dah tinggal lebih kurang sehari untuk berpuasa. yeayyy ramadhan. excited taw sebab selalunya bulan ni lah ibadah akan berganda berbanding bulan2 yang lain. huhu sepatutnya memang la tiap2 bulan pun kena banyakkan ibadah, tapi tu la hakikat diri yang lemah segala segi ni. ramadhan datang je baru la nak macam2 plan. humm tapi xpelah kan, at least kita semarakkan jugak ramadhan yang bakal datang ni, sambut dengan tangan yang terbuka..

semoga apa yang diimpikan untuk buat pada ramadhan kali ni x kan makin lama makin slow la, sebab masuk bulan puasa ni maknanya makin dekat la final tu, dan makin banyak la perkara yang nak kena buat. jadi, positifkan diri anda untuk kekal merasa kemanisan ramadhan, jangan penat2 pastu nak tidur sepanjang hari..*oh dapat rasa macam akan jadi je :/

sekarang ni saya kira kita masuk musim hujan untuk kawasan bangi dan kawasan yang sewaktu dengannya. harini saya telah membelah langit yang menangis dengan cara berlari2 anak untuk ke kelas yang jauhnya 10minit perjalanan, emm semanya dalam 7minit la. dan dengan itu, maka lekanglah tapak kasut yang telah dibeli di pasar malam ini. dan tapaknya tidak sempat untuk dibuang kerana hujan dan kereta yang lalu lalang banyak sangat..huhu so tinggal di tempat kejadian macam tu je.

dramatic gila sebab dan lagi tangkap gambar


tiada lagi tapak, feeling dia macam berkaki ayam tapi yang telah berevolusi



jadi pengajaran di sini, korbankanlah duit anda untuk membeli kasut yang mahal dan ternyata berkualiti untuk kesejahteraan long term. walaupun hanya flat dan bukan heels, stilettoes dan sebagainya, x bermakna ia perlu dipinggirkan tahap kualitinya..dang~ rasa macam nak ketuk kepala kat dinding sebab kasut lain yang jarang dipakai tu boleh pulak amek yang branded, or at least beli kat mall, tapi flat yang banyak berbakti untuk masuk lab ni boleh pulak beli kat pasar malam..huuu diskriminasi menjatuhkan aku.


Wednesday, July 18, 2012

hansaegee nature

ok ni cerita basi..huahua haritu kite ade cakap yang kite nak bagitawu kan apa barang yang kite order kat hansaegee nature di entry ni..jadi benda tu dah selamat sampai minggu lepas, dan i dah pakai 2 nose strip dia..oh my sangat berpuas hati, dan serum dia sangat best..bagi i yang nose strip tu x kesah je nak brand ape, asal dia boleh cabut buang blackhead kira awesome dah la tu, tapi highlights kat sini adalah dia puya serum untuk kecikkan pore, susah taw nak jumpa tambah2 yang betul2 berkesan..so i rasa even kalau nose strip ni habes pun nanti xdela i nak order baru, tunggu sampai serum ni habes baru order lagi memandangkan dia xde jual serum tu secara ala carte..heee

walaupun ini barang korea dan tulisannya semua korea, jangan takut hadek2 ye sebab masih ada tulisan kecil berbunyi english untuk difahami, dan dapat free gift pen juga :)


walaupun size dia tomey2 je tapi kita hanya perlu guna 2 3 calit je, so benda ni boleh tahan lama sikit la


so, saya dah temui solution masalah muka saya, anda pula bagaimana?hewhew