Tuesday, October 1, 2013

Budget Trip ke Hong Kong - First Day

Hi bertemu lagi dalam segmen kedua. Disebabkan flight delay, ada la beberapa tempat yang terpaksa cancel sebab kesuntukan masa. Tapi nasib baik la tempat2 tu bukan yang ada tiket yg dah dibayar. So untuk first day, I cadangkan korang x yah la pergi tempat yg kena bayar dulu sempat takut kes2 flight delay ni lah.

walaupun delay, semangat tetap berkobar2 okeh


Sesampainya di Hong Kong International Airport, kami terus ke kaunter octopus card, tak jauh mana pun dengan tempat keluar dari immigration check. Lepas tu terus cari travel simcard. Mesti kena report kat family kan dah sampai, iolss jalan2 gigirl je taw tanpa agent. so after relex2 jap regangkan badan, terus bergerak ke exit bus. Kitorang pilih untuk naik bus sebab bawak beg yang berat2 so malas nak lompat2 tren. Di samping tu boleh enjoy the view sebab perjalanan pun sejam. Pukul 6 petang dah gelap macam senja taw. Masa HK dengan Malaysia sama je cuma panjang siang n malam berbeza.

seat style mengadap :) nampak tak kitorang tengah makan power bar. Energy tu penting taw bila travel.

so bus yang kitorang ambil ni straight menuju ke chungking. Dekat tempat bus tu ada board besar yang tulis semua number bus dan destination setiap bus tu. Pastu memang sistematik la sebab setiap number bus ni dah ada lane khas dia, means xdela semua berkumpul satu tempat and kalau bus dia sampai, berpusu2 pergi naik. Kiranya kalau bus A21 pergi kat lane dia sendiri dan beratur kat situ je. Bus kitorang naik ni ada stop kat 14 bus stop, chungking yang number ke 13. Dan dalam bus ada dia tulis dah number ke berapa stop so x payah pening2 pun nak kira. Haa yg lagi menarik, dalam bus ada cctv kat bahagian kita letak beg, so kita duduk mana2 pun boleh la monitor beg kita tu.

Sesampainya stop kitorang, bermulalah perjalanan mencari chungking mansion. Nasib baik dekat je dan memang jelas terpampang. Pastu naik atas and check in. Owner hostel sangat2 fasih english so memudahkan la urusan. So dah setel semua ni kitorang terus keluar ke Ladies Market. Ini pun senang je nak pergi guna mtr. Sampai dekat station Mongkok tu, jalan sikit je dah jumpa Ladies Market. Korang boleh refer map, memang ada dia tunjuk jalan nak pergi.


jalan ke Ladies Market

Pantang kat Ladies Market ni, kalau nak betul2 barang tu baru tanya harga. Kalau orang kedai tu ok, dia bagitawu and takde paksa2, tapi mostly memang akan paksa beli jugak. Siap bagi kalkulator suruh kita letak berapa harga kita nak. Memang la best kan tapi masalahnya kalau dah semua macam tu, takkan nak angkat semua barang. Lepas tu kalau korang taknak, dia boleh cari korang kat kedai sebelah yang korang pergi tu. Pastu tarik2 tangan. Huhu scary kan. Tapi kawan I dia mintak beg MK dengan harga 100HKD, dari harga awal almost 200 kot, kitorang blah terus masa dia x nak turunkan harga, dia punya panggil2 kitorang buat tak tawu je, last2 dah jalan jauh dah, dia datang jugak tarik tangan and cakap ok ok i give u 100. pehhh


So dah puas shopping souvenirs, kitorang pun balik. Berjam2 jugak la pusing2 situ. Singgah Sasa lagi pilih2 perfume. Memang penat la balik tu, mandi2 and then terus tidur. 
Till then, sambung part 2 pulak ye :)


Budget Trip ke Hong Kong - tips yang berguna

wow last post i time awal2 masuk sem and now dah habes pun sem tu. so I'm now updating my blog regarding my latest trip with besties to Hong Kong. yeah u heard me, Hong Kong. Actually our 1st plan was to go to Krabi but the weather was not very kind as September would be the heaviest rain there.


Flight

We are so lucky because AirAsia was doing promo ticket to Hong Kong at that time. So our plane ticket was about RM510 pergi balik. Ini dah total up check in luggage and seat taw. and everything else lah. Kiranya kalau x cek in baggage and x pilih seat sebenarnya lagi murah lah. Makanan pun kitorang order heh padahal 4 jam je flight. Bukan apa, kita tak tawu lagi kan bila nak boleh makan so penuhkan dulu tank. And time ni flight kitorang awal pagi gile2 mana sempat makan. Tapi rupanya delay sebab typhoon. Aduh menyesal pulak order makanan sebab boleh makan kat airport je. So ikut korang la macam mana.


nasi bukhara ayam AirAsia. Serious sedap.

Vietnam sky. Pilot yang bagitawu okeh. heee





Hotel/Hostel

Tempat duduk kitorang macam hostel la sebab hotel quite pricey but not worth the value. Sana hotel mostly kecik x kira la mahal mana pun maybe sebab city dia pack kan, tapi kalau 5 star 6 star I tak taw la hehe. So kitorang ambil hostel yg affordable yet satisfying. Ok lah kan 1 single bed and 1 queen bed utk kitorang 3 orang. Ensuited bathroom lagi. Selalunya kalau hostel kn kadang2 share bathroom kan, ini macam hotel la kiranya cuma interior dia la x macam hotel. Aircond dengan kipas pun ada. Kawasan yg kitorang duduk ni nama dia Chungking Mansion. Sini kawasan yg ada masjid and Islamic Centre, and then banyak la pak2 arab stay sini. Tp for me, emm dorang ni mcm excited semacam bila tengok muslim mcm kita ni so agak rimas la bila sikit2 jumpa mesti nak datang promote halal food and whatnot. Nasib baik sehari 2 kali je jmpe, pagi nak keluar sekali and nak balik time malam sekali. So pastikan hotel dah pre-booked online ye.


Octopus Card

Macam most blogger sarankan, kalau sampai je airport please beli octopus card which is like our TounchNGo card. Octopus Card ni boleh access semua public transport except cab. Tapi korang memang tak kan nak guna cab pun sebab mahal. Naik tren sudeyhh. Octopus card ni nanti korang boleh claim balance and deposit balik. Jangan jadi macam kitorang, terlambat sikit masa nak balik so rushing itu ini x sempat nak pergi claim.


Travel SimCard

And sampai je airport jangan lupa beli travel simcard dekat tingkat 7, ada 1 kedai tu jual. Dalam blog fatin liyana pun ada tunjuk rasanya kedai tu. Plan internet dia untuk seminggu so macam kitorang yang pergi 4 hari ni tersangatlah cukup. Just beli satu, then hotspot kan untuk kegunaan kitorang 3. Bukan setakat 3 barang guna, tambah dengan tab masing2 lagi so jadi 6 barang yang guna hotspot internet, still x lembap pun.


Food

Makanan kat sana memang mahal dan susah cari yang halal. So kitorang memang bawak sendiri dari malaysia. Yes korang boleh bawak makanan pergi sana tapi semua ni kena check in baggage la sebab hand carry bag memang x boleh bawak air langsung. Ever. termasuklah perfume and deodorant. Air minum apetah lagi kan. Semua2 ni kena check in! Oh ya, dalam disneyland ada air water cooler yg boleh diminum so bawak botol air kosong (dalam Adventure Land, dekat dgn toilet yg dekat restoran halal). Kalau dekat hostel ada je air panas tapi better bawak jugak la air mineral dari malaysia sikit. Dalam Disneyland ada 2 restoran halal so don't worry tak payah bawak makanan dari luar sebab nanti kat entrance dia akan check beg korang satu persatu. Tapi haritu kawan I lepas la bawak air.


makanan untuk 4 hari 3 malam except lunch. and memang ada lebih pun tapi terpaksa tinggal sebab takut overweight.


Airport

Dari airport nak ke hostel kitorang makan masa dalam 1 jam jugak la sebab city memang jauh dari airport. Fyi, airport dengan disneyland dekat sebab located on the same island, city is on the mainland. Nak cari hotel kat mana2 pun x kisah just pastikan dekat dengan station mtr. Yela korang larat ke nak menapak jauh2 kan dari hotel ke mtr. Kalau mtr dia pulak memang terbaik la sebab nak pergi mana2 pun memang sampai lah and senang je nak faham mtr map dia.
Masa nak balik ke airport tu korang kena ingat yang airport dia ada Terminal 1 and Terminal 2. Terminal 1 untuk kita depart and arrive. Terminal 2 untuk check in baggage. I pun pelik kenapa dia nak buat macam tu. So masa korang naik tren or bus ke airport tu turun kat Terminal 2 la untuk check in. Dah siap tu terus pergi Terminal 1. Masa korang sampai takde serabut apa2 pun sebab dari Terminal 1 tu terus je keluar ke destination korang nak. Takyah check in apa2 pun, just nak claim baggage je.


Ticket

Ticket masuk Disneyland kitroang beli kat sini http://starmoonvacations.com/en/ticket/  Personally I memang rekemen korang beli siap2 ticket sebab nak mengurangkan jumlah cash yang korang bawak, and lagi satu tak payah beratur kat sana, save time dah kat situ. Yang bagusnya agent ticket ni dia bukan pos kan tiket je, dia siap bagi map Hong Kong with the mtr link, pastu ada buku lagi, and disneyland punya map jugak. Without charge! sebab memang kitorang bayar harga tiket and duit pos je.
Cadangan I kat sini, korang kalau tak ambil 2day pass ticket pun xpe sebab habiskan je sehari tu, penat tu memang la kan nama pun berjalan. Sebab the next day tu korang beli la ticket pergi Ocean Park. Kitorang x masuk pun sini tapi dengar cite memang best la, roller coaster dia pun lagi best. Boleh tengok panda and dolphin yuuuu (T.T)


So hope tips ni banyak berguna la untuk backpackers sekalian. I ni amateur jewww. And this is for budget trip la not the luxury one. Still student meh :p

backpackers la sangat kannn hehe