Sunday, January 29, 2012

video walimatul urus pula

lagi pasal majlis perkahwinan Puan Wan Nabilah..hehe..semangat pulak cik yan ye..xdelah, just nak kasi link video je..so sesape yang nak sangat tengok majlis akad nikah dan moment2 lain yang penting nih boleh la tengok video kat youtube keyh..

http://www.youtube.com/watch?v=NKpv77Qx2u8









p/s: kepercayaan x datang bergolek

Saturday, January 28, 2012

walimatul urus Puan Wan Nabilah

insyaAllah kami semua akan menyusul selepas anda..masa yang akan menetukan segalanya.. :-)

friendship forever

bersama2 dengan cik wan sebelum bertukar ke puan wan

fevret picture

tiba2 jadi mak andam..lol~

terlalu sweet dan comel

ok tu jelah yang rajin nak upload..hehe..alhamdulillah semuanya selesai dengan lancar..harini majlis bertandang di sebelah lelaki pulak di johor, so nantikan gambar dari pihak sana lah pulak..ok bubye, nak tolong2 hidang makanan..actually nenek i buat minor operation mata nih, so macam busy sikit la..










p/s : doakan

Friday, January 20, 2012

melentur buluh biarlah dari rebungnya


budak2 kalau kita ajar benda yang baik2 dan elok2, maka elok lah jadinya..dari kecik dah dibiasakan menyebut kalimah Allah dan puji-pujian kepadaNya, insyaAllah akan meresap kebaikan dalam diri mereka..

budak kecik comey ni cucu arwah toklong, 2 malam lepas i pergi rumah arwah untuk tengok toklong pompuan, kebetulan ada la 2 3 orang lagi anak cucu kat situ..sempatla kejap main dengan budak ni..nama penuh Iffah Uyuni, tapi panggil uni je..cakap banyak dan suka bergaduh..hehe..geram je tengok dia duk main tangkap2 gambar..ada sekali tu dia nak snap pic i, taw x dia cakap ape, "ish senyum sikittt"..haha..dah macam orang tua2 dah..

baru2 ni i ada la tengok rancangan kat tv, ada sorang budak tu baru je 3tahun tapi kepandaian dah macam darjah 5 6..pandai baca, dah kenal warna and macam2 lagi lah..cakap plak fluent je in english..mungkin budak tu gifted kebolehan macam tu, tapi x mustahil pun untuk jadi dekat budak2 lain kalau cara didikan tu betul..i tengok kan, budak2 ni dorang sangat power bab2 copycat..ajar 2 3 kali dah cukup, mesti dorang akan ingat..contoh kalau kita duk main2 "cak cekup"..errr ada yang x tawu ke ape mende?

cak cekup ni yang kita buat tangan bukak tutup sambil sing along "cak cekup udang gamit, mintak kapur bagi kunyit"..tone tu kena slow2 dan onyonyo..cak cekup ni salunya akan diajar dekat budak2 yang belum setahun..can u imagine budak yang x boleh jalan and cakap lagi tapi boleh ingat nak buat tangan bukak tutup once kita nyanyi..sebab apa?sebab dorang sangat mudah ingat dan absorb apa yang dorang observe di sekeliling..

jadi, kalau cak cekup pun dorang boleh pro, x mustahil selawat ke atas nabi dan nasyid2 ketuhanan pun dorang akan mudah hafal..kita x payah susah2 ajar pun xpe, bukak je lagu tu bagi dorang dengar tiap2 hari, i.Allah boleh..terang hati lagi kalau dibisikkan ayat2 berunsur islamic kan..


 





p/s : pendidikan sekular di sekolah boleh diolah di rumah

Saturday, January 14, 2012

Y stands for Yan

harini hari i keluar meronda..so apa yang peliknya??haha..

sebabnya i kalau balik rumah, susah i nak keluar dah, i lebih suka duduk-baring-golek-makan-tengok tb-etc dalam rumah berbanding bersosial di luar..betullll...haaahhhh..

jadi, pagi tadi i pergi amek hanim, my so called niece, dengan itu kat rumah i ada la kawan..hehe..sedih pulak ayat nih..tujuan sebenar i nak kasi baju2 yang i dah x mo pakai kat dia, sebab nak kasi adik i komfem dia x muat, baju2 tu masih dalam keadaan elok, ada yang i baru je pakai 2x, ada yang i dah beli lama tapi just macam hiasan dalm almari and ada yang dah x sesuai i nak sarung =.="..kalau nak tunggu lama2 baru kasi, sape nak kan baju yang dah lusuh, i pun x nak kalau orang kasi free..so let's hope imej i berubah sikit after this, because this is just the beginning of it..i.Allah~

i ada jalan2 dengan hanim, and boleh x i pegi beli cincin...!!!haha..bukan ring yang salu orang pakai tu, ni ring yang teenagers punya..tah kenapa i boleh layan pulak dengan hanim tadi..but its cuteeee..hek3..oh and i ada singgah rumah cousin i, kak nuha..1st time i pergi rumah dia since dorang stay sana..yang boleh terlintas nak pergi tu sebab masa i jalan2 kat tasik terjumpa abg aiman, her husband tengah jogging..bagus kan, even dah kawen and ada anak pun still suka bersukan and jaga badan..i stay kejap sampai maghrib..bila fikir balik, i dah macam orang tua2 dah kan, melawat rumah sedara mara..sendiri2 pulak tu..haha sebab i rasa if we want people to get along with us, we have to start it first..lagipun sedara mara je pun kan, kalau outsiders memang segan la sikit..heee~

:-)


oh tomorrow my family and i will be having a picnic time together..ok i lupa dekat mana huhu so i will prepare sandwich telur tomorrow morning, please pray that i will wake up early tomorrow ye as everybody in this town knew that i am not a morning person..










p/s : be good to those who hates you, I.Allah Allah akan bukakan pintu hati dia untuk suka kita dan seterusnya mengubah pandangan negatif dia tentang kita, its a win-win situation ^.^v

Sunday, January 8, 2012

my bad habit satu ketika dulu



ada x sesiapa kat sini yang suka gigit kuku?hehe..di sini saya nak mengaku yang saya suka gigit kuku..DULU..sekarang ni memang dah cantik lerrr kuku i *tayang2 sikit kuku..tapi kan, x dinafikan la kadang2 bila ralit(leka) akan bawak jari masuk mulut jugak, tapi once i tersedar i stop la..buruk benor ler kan dah besar panjang pun gigit kuku lagi..

masa i kecik dulu kan selalu i kena tampar tangan oleh orang sekeliling..tengah duk feel gigit kuku, paaapppp!!!tangan i kena tampar..wuuuuu sedih..tapi pun, bukannya nak terbiasa, duk lagu tu jugak..haish..kuku ni memang x berkesempatan pun nak tumbuh, nak memanjang apatah lagi..

and then, there's one time i gigit kuku dengan rakus sampai terluka..luka tu xpe lagi, xdela sakit mana..pastu kan benda tu kotor, bercampur dengan luka boleh jadi infection..lukanya dah kering dah tapi malam tu i duk sakit jari..sakit yang berdenyut2, memang x boleh nak tidor..menangis la i malam tu sebab sakit..punya la kuman tu duk makan jari i kan, dia duk jadi nanah la yang sakit denyut2 tu..

then esoknya jari i bengkak, and it's getting bigger rapidly, bila sentuh kat bengkak tu sakit and the colour is pale, bukan bengkak yang warna merah..tapi i biar je sebab dah sakit kan..but then abah i nampak, dia pegang jari i sambil beristghfar panjang..haha.

"tudiaaaa haihhh, sampai teqa ni gigit, ni taw dak dia bernanah kat dalam ni?luka ka sebelum ni?awat biaq saja?"..me: sakittttt
"ni dah cukup masak(x pasti perkataan ni ke x) dah ni, kena cucuk bagi pecah ni..nanti abah balik kerja abah buatkan..me : xmooooooo!!.."taw dak kalau x buat, lama2 kuman ni makan kuku, pastu tercabut terus the whole kuku sebab kuku tu mati dah"..me: *cry sebab takut kuku hilang and pk kesakitan yang bakal dihadapi

abah dah balik kerja dan terus panggil i..*dup dap dup dap

abah bawak keluar duri pokok yang bapak menakutkan..(T__T) "awat abah pakai tu?angah x mauuuuuuu wuuuaaaaaa.."kalau jarum biasa nanti lagi sakit sebab x cukup tajam macam duri ni, yang ni hujung dia lagi runcing"..i x setuju sebab masa tu x belajar physic lagi bahawa P=F/A..kehkeh

maka kedengaranlah jeritan yang seram dan sayu di seluruh pelusuk alam..*tapi abah belum buat lagi pun sebab i duk meronta2
last2 dengan 1 cucukan yang sepantas kilat, segalanya selesai..pastu boleh i stop meraung pulak..haha rupanya x sakit mana pun..macam kena electric shock kejap je..pastu keluar la nanah..urghhhhhhh geli gilaaa!!!i suruh abah yang buatkan sebab i geli tengok..tapi abah suruh i la yang buat sendiri sebab lama jugak dia nak keluar habis, abah suruh slow2 picit sampai keluar darah, darah tu darah kotor, so kena keluarkan la..

ada kot 2 hari i duk urut2 jari i..sambil lap2 dengan tisu..makan ni xyah cakap la, komfem pakai sudu..bila dah segalanya keluar, i nampak macam kuku i senget sikit, so betullah abah cakap tu, kuku tu dimakan oleh kuman yang akan buatkan kuku tu mati..nasib baik cepat cucuk, kalau biar je, tah la kena potong jari kot..*oh tragisnya

tapiiiiiiiiiiiii, sape cakap i stop gigit kuku after kejadian ni???haha dengan tanpa keinsafan i duk gigit jugak kuku..nak habaq betapa ketegaqnya i..then dah masuk sampai form 4 i stop..haha..stop yang serious, sampai kuku i boleh jadi cantik balik..cer korang teka kenapa???hint dia, bukan sebab jari i kena potong atau disebabkan kesakitan

"kau x malu ke nanti boifren kau tengok kuku kau x cantik?kuku dia tah ke lagi cantik dari kuku kau..dia tengok muka dah cun, sekali kuku buruk,reject terus"..pehhhhh sebab ni je i stop..i pun rasa macam x percaya..sakit yang macam nak gila x dapat bagi pengajaran pun kat i, tapi sebab nak nampak cantik di mata boifren je i sanggup stop..tudiaaaaaaa......









p/s : sekadar berkongsi pengalaman

Thursday, January 5, 2012

sod ba ro

mengantuk lagi..jadi mari kita update belog..

pernah dengar x tentang ilmu i'rab?i don't know how to spell it as it is in arabic..tapi ia berkaitan ilmu nak baca2 orang la..bukan nak baca mantera ape sume tu, baca as in analyse through physical..
i ada la saudara terdekat yang belajar bidang ni, xtawu la secara serious atau just dengar2 ceramah kan..tapi dia cakap dia belajar benda ni dengan ustaz kat mesir masa belajar sana dulu..

i rasa macam dah pernah cerita dah..*still berfikir
ok xkesah la kalau pernah cerita pun kan..so then baru2 ni jumpa lagi and maksu cakap lagi benda yang sama, about my mole kat bawah bibir ni..ish laaaa bekenan sangat amek la..heee
dia duk cakap yang adik dia bekenan pompuan ada taik lalat macam ni, haritu pun dah cakap dah..heran la, adik dia x jumpa2 lagi ke??..aha nak aku jugak??lalalala~ 

ok sambung..selain dari bagitawu yang pompuan ada taik lalat bawah bibir ni adalah seorang yang SUBUR dan penyabar*keliru dengan ciri yang ke2 ni..maksu ada jugak bagitawu i benda lain..macam dia tengok benda lain jugak la dekat i..hehe mana boleh bagitawuuuuuu..

so i nak cakap pasal PENYABAR..sesungguhnya i sangat yakin yang i bukanlah kategori penyabar..so far..xtawu la ke depan nanti berubah tahap kesabaran i kan, yela da subur kan, mana tawu  Allah bagi anak ramai, x penyabar memang habes la semua aku buang..huhu

benda ni kita xboleh la nak percaya sangat, and mungkin probability betul dia je yang tinggi, tapi x mustahil kita adalah sebahagian daripada percent yang x menepati ciri2 tu kan..macam i, tah ke pompuan lain yang ada taik lalat macam i semua penyabar, i je yang x..hmmm tapi benda ni buat i rasa motivated jugak la sebab i rasa macam oh i suppose to be penyabar eh, mari cari balik kesabaran yang hilang itu..

banyak sangat disadvantages kalau kita x sabar, i nak list pun malu dengan kemudaratan yang i dah buat disebabkan ketidaksabaran diri..selalu macam ni, masa naik angin, masa menyembur sindiran dan sebagainya tu bukan nak fikir pun,even sikit, pastu bila dah buat baru nak menyesal, rasa nak undur balik scene tu and delete bahagian x sabar tu..tapi nasi dah jadi bubur kan, hanya jauhari la yang mengenal manikam *macam x kena je peribahasa ni, tapi xpe

jadi, saranan saya sebagai orang yang sepatutnya penyabar sangat tapi x sabar langsung pun in reality ni adalah marilah kita mengumpul kekuatan untuk melawan nafsu marah dan nafsu x sabar dalam apa jua yang kita lakukan..x kesah la dalam hal makan ke, nak play movie tapi player tersekat sampai hang laptop ke, study sampai penat pastu marah bila orang mandi x sabun ke, atau apa2 jelah..kalau x boleh nak control pun, hold dulu pun kira dah ada improvement dah tu..SABAR SABAR DAN SABAR..LA TAGHDOB..











p/s : mari sambung study

Wednesday, January 4, 2012

impian kasih

i'm sleepy :(

x besh la nak study macam ni..the thing is, i tengah semangat nak study, tapi mengantuk..sigh~..kalau i rasa malas ditambah pulak dengan mengantuk xkesah la, boleh teruskan je niat untuk tidur..ni buat i rasa stress je..bukak kabinet dapur nescafe xde..(wow!!)

i selalu akan study kat meja study yang sebelah tingkap pastu akan bukak tingkap seluas yang boleh, langsir akan digumpal2 dan dikepit kat tepi..so that i can get full air, as well as when the wind blow memang terus kena muka..sedapppp sangat..*lagi mengantuk :\
i enjoy sangat view dari tingkap ni, x kira la siang or malam..kalau pagi i nampak genting macam surrounded by snow, sebab awan dia nampak macam tebal and putih yang macam snow..pastu nampak jelas la bangunan2 dia, tapi jangan la tanya kan hotel apa yang i nampak huuuu, noob sangat plak kalau pk macam tu..kalau malamnye kadang2 je boleh nampak sebab ikut cuaca jugak la, kalau hujan or mendung memang kirim salam jela nak nampak, tapi kalau boleh nampak rasa macam nak terbang je pergi sana kejap..cantik taw dengan lampu2 dia, pastu plak i can imagine how windy and cold it is..brrrrr.. :')

haaa cakap pasal snow tadi kan, ya Allah jeles+iri hati+dengki nya i tengok kawan2 i yang study oversea duk post gambar main snow..xnak kalah lagi, siap main snow boarding lagi..hallamakkk cool la eh macam tu *jeling dengki hehe
xpe2, sabar banyak2 yan eh, i.Allah someday my turn plak..i teringat ada 1 cite korea kan, dia ada la impian yang dia nak buat sangat dalam hidup dia, one of them adalah naked dlm snow..haha..pastu laki tu bawak la dia, tapi xdela naked macam strip habes sume tu,dia pakai swimming suit and cover dengan towel, bila dah ready, dia pun londeh la towel tu, tapi laki tu x tengok la, kalih belakang okeh..pastu apa lagi, jerit2 telompat2 la pompuan tu..sejuk+excited gile la kan, tapi macam cool je buat macam tu, once in a lifetime..bukan nya ada orang nampak pun, sebab tengah malam and sejuk gile so xde orang nak keluar rumah kan..oh jangan la fikir impian i pun macam tu jugak =.="..walaupun teringin SIKIT2..lol~ =.=""""

impian i kan, i teringin nak pijak snow with my barefoot..sejuk macam mana pun x kesah, kejap pun xpe..hikhik mesti sejuk sampai ke kepala kan..waaaaa ohsem!!!
and i teringin nak makan something yang panas dalam snow..contoh macam pergi hiking bukit yang full of snow, pastu stop jap makan noodle..instant megi pon bolehhhhh..tapi kalau ada tempat grill daging memang sangat pffttttt la..bayangkan dalam keadaan tegedik2 kesejukan macam anak ayam baru lahir tu sambil mulut keluar asap yang panas hasil dari makan daging salai..huyyyoooo

meniarap kawwww..hehe..ok pastu makan megi panas2..
:-)



ya Allah, murahkan lah rezeki ku, permudahkanlah segala urusanku, pertemukanlah jodoh yang baik2 untuk ku supaya dapat membimbingku, dan yang dapat membahagiakanku dunia dan akhirat..


dan impian yang tercatat kat atas ni i nak share dengan husband i..xkesah la dia dah bape kali main salji pun, tapi i nak share moment yang i tengah bayangkan ni dengan the-best-man-win i..ohoiii hotsetap ke aku nih..xkira lah kalau dia tu x payah nak lawan ngan sape pun nak dapat i kan, tapi kira dia win la jugak..ngee~










p/s : ok dah x mengantuk..weeeee

Tuesday, January 3, 2012

away

the period during final exam is the most critical time for me, its the time when i easily lost my temper, my patience and care..

as people know, eceh, i'm the one who reaaaalllly love to study for the last minute of time, so my brain can't function like usual as there are so many things to cover..im so busy with the questions, calculations, memorizing, lost-and-found notes and the slow download of past year questions..yeh, after all these are my fault but this is something that i can bear with..i can stand it as i did this for years since school..

BUT

what i cant handle is when theres a problem or case which is not come from me that burden me, that leads to unnecessary stress..do u know that theres no space in here(pointing to brain) that let me think about that?..my ignorance will increase like hell..i am so sorry..










p/s : penat