Sunday, April 29, 2012

sireh pinang dihulurkan

sebenarnya susah sangat rasanya nak mulakan update kali ni..dah banyak kali dah close tab setiap kali rasa nak update..sebabnya, i xnak bercakap tentang sesuatu berdasarkan nafsu dan emosi..

yup, it's about bersih 3.0

let's be on a natural side 1st..what is bersih?some people really don't get it what bersih is all about, they don't even give themselves chance to getting to know bersih..meanwhile in facebook status, kritikan cacian luahan pasal bersih berjela2..bila kita baca, nampak sangat ramai yang x paham, sebab perdebatan yang diutarakan tu x kena mengena..ikut hati nak je reply tapi tahankan je diri untuk x beremosi seperti mereka..

1st i nak sentuh pasal tuntutannya; ketelusan pilihanraya..kepada yang xtaw pape tapi nak jugak turut serta mengutuk, ni nak bagitaw yang ini adalah salah satu tuntutan bersih..kenapa perkara ni perlu dituntut?senang je, sebab ada kejadian yang x telus..bukti?humm dah banyak sangat statistik pasal ni..i bagi contoh mudah, my own father..pernah sekali ic dia dipalsukan masa dekat pilihanraya, cek2 ada kat tawau..i'm sure ramai je lagi yang terkena macam ni, tapi people keep on blinding their eyes and mind..balik2 nak ckp pasal buang masa join bersih..kita tengah cakap pasal nak menuntut supaya pilihanraya dibuat dengan telus, buang masa ke macam tu?mungkin effect nya sebesar semut, tapi at least ada kebangkitan dari crowd yang nak keadilan dalam negara ni..kalau kita x boleh nak sumbangkan apa2, duduk diam makan kacang jelah..mereka yang berhimpun tu ada pegangan mereka sendiri, biarpun panas dan penat dan tawu berisiko, tapi demi sebuah keadilan, mereka rasa sanggup untuk berkorban..

yang x menyokong ni lancang je cakap tah pape, kritik sangat2 pegangan orang lain..sebab?xsealiran macam apa yang dia percaya?humm kalau camtu, jangan marah la kalau orang bangkang gila2 kau hisap rokok..kau percaya yang hisap rokok tu segala2nya la ape lah, tiba2 ada sorang ni bangkang2 kau, maki2 kau cakap pasal kejadah hisap rokok ni xbaik la itu la, agak2 kau rasa apa?..dapat x analogi dia sekarang?..so kalau x sokong, jangan hina pandangan dan pegangan orang lain sepertimana orang boleh stay cool tanpa cacian tengok kau post gambar2 isap rokok kau tu..

lagi 1, pasal rasuah..x kesah la betapa banyak atau kurang sekalipun statistik rasuah dalam negara kita ni, rasanya wajar je kalau itu menjadi satu tuntutan..sikit atau banyak, ia tetap melibatkan wang yang bersumberkan penat lelah rakyat yang bayar tax dan sebagainya..bukan kita xnak pemimpin tu, pemimpin ni, datuk tu, tan sri ni..kita nak rasuah tu yang dihapuskan..kenapa perlu takut?bukankah kalau kerajaan sendiri pun memang akan memerangi rasuah?fikir-fikirkan lah kenapa tiba2 ia jadi satu masalah apabila ditimbulkan..jika sekiranya pembangkang ambil alih tampuk pemerintahan dan berlaku juga rasuah, kebangkitan akan tetap dijalankan sebab perjuangan kita mahukan bersih..ada yang cakap, tu hak peribadi sesorang tu, tu urusan dia dengan Allah, tengoklah kepada jasa dia bergunung kat rakyat..haih..sape2 tolong facepalm kejap budak ni..dia x tawu gamaknya rasuah tu apa..nak jadi macam indon ke?kat sana rasuah tu dah jadi macam periuk nasi pemimpin, so tengok negara dia macam mana..yang kaya bertambah kaya, yang miskin memburuh di negara orang..

ada yang menentang sebab cara ia dilaksanakan..tolong jangan cakap "buat secara berdamai lagi bagus kan"..humm benda tu sedekad yang lalu dah buat..tapi makin menjadi2 je sekarang ni..apa lagi cara yang manis yang boleh buat?demonstrasi la jawapannya..bukannya kita buat rusuhan, kita buat secara aman..duduk bantah..tapi ada jugak yang buat kacau, keamanan yang dicari dirobek dengan keganasan yang mereka sendiri mulakan..lihatlah tadi, +-100 000 orang yang berhimpun..matlamatnya hanya 1, bersih..kalau bersih ni hanyalah agenda pihak2 tertentu, x kan seramai ni yang akan ikut..dah la semua kaum plak tu..bukannya nak menentang pihak kerajaan atau nak jadi anti malaysia..tapi, nakkan keadilan dalam berdemokrasi..benda ni yang menjamin kesejahteraan dan keamanan sesebuah negara tu sebenarnya..

ok lah, xnak panjang2 lagi..nanti jadi kes pulak..rasanya post ni x berbaur hasutan atau kecaman..hanyalah perkongsian dan luahan dari seorang mahasiswa..kita semua nakkan perubahan..jika pihak kerajaan dapat memerintah lagi malaysia ni, jadikan bersih ini sebagai pembakar semangat untuk memperbaiki kecacatan yang berlaku..proud to be malaysian <3













p/s : berdoa

Sunday, April 22, 2012

crabby patty versi malaysia

at last hehe..dapat jugak i merasa beger bakar yang digembar-gemburkan sangat tu..selama ni nampak gambar je, air lir pun seiring je menitik..haih memang berkobar2 taw semangat nak makan..nampak sedap sangat..here are some pictures yang selalu i nampak..





terliur kannn.....humm sapa yang belum merasa tu, i sarankan ok sangat untuk try, sebab memang sedap seperti rupanya juga..tapi, kena sabar la menunggu, sejam la paling cepat pun..da la patty dia tebal, so take time la kan nak masak, pastu dengan ramai plak orang..tapi xpe, ada sistem nombor giliran ye..heee..tapi tapi tapi, i xtaw la apa pasal i lucky sangat malam tu, sampai2 je terus dah siap..haaaa teknik tu kena betul..cewah..xdela, masa i nak order tu kebetulan ada orang yang cancel order, so amek jela yang tu..naseb baik just double je patty dia, kalau yang cancel tu beger tower memang i x amek la..mahal :-(


double patty with cheese and dapat extra 4 sosej..nom nom nom..so yang ni saje rm15..haha, so siap duit la kan kalau nak yang tower siap ada bacon bagai..bacon yang dia guna yang halal la, xkan la nak main campur2 plak kan..ehek


da lama dah kan x buat episod jalan2 cari makan macam ni..i bukan apa, menyampah la dengar orang duk mengata "pegi kfc pun habaq kat satu dunia"..#yawning
haha really?satu dunia?omg tingginya expectation mereka..c'mon, i'm not that famous..YET..haha..actually kan, kalau i jadi dorang i rasa cam malu, sebab perbuatan kutuk mengutuk dengki mendengki tu terkantoi..tapi i dapat rasa yang mereka macam dah termalu dengan perbuatan sendiri..emm kalau x malu pun, x heran pun sebab people like them memang dah gelap hati..huuu sorry for over reacting..lain kali, don't mess with me..sebab saya rasa saya ni jenis kekerasan dalam kelembutan..kehkeh #bergaduh dengan orang perangai budak2 is not my way











p/s : battleship adalah cerita terbaik abad ini..ini serious..

Thursday, April 19, 2012

mencari kembali delima lama

after a boring previous post about all the engineering stuff, =.=" today i got something priceless that can be shared with people..of course it is beneficial to everybody..come come come, closer.. :-)

kisahnya bermula begini..lately ni i cepat sangat penat, bila petang time habes kelas je mesti i akan jadi x bermaya sangat2, jadi lembik je satu badan..so last2 tertidur jugak petang..tidur asar kan x baik, tapi tu lah penat sangat memang x tahan la..pastu bila dah tidur petang, mula la nak mimpi pelik2 dan tah hape2..x sukaaaaa

jadi, i told my mama about this, and she told me to find buah delima because it is so nutritious and so on lagi lah..berminat jugak i rasa, sebab dah lama x makan buah delima ni..yang i taw, body butter perisa buah delima(pomegranate) ada la hehe..best woh pakai, feeling2 awek korea je bila pakai, sebab kulit rasa mulus dan halus bak baby baru lahir..

 bak delima merekah..macam ni la kot yang orang dulu2 bayangkan



so i pun google la khasiat sebenar pomegranate ni..saje la kan dah penat2 tapi x nak tidur petang ni..and my findings are soooo worth it..

see, ramai yang curious dengan khasiat buah delima ni..


mat saleh pun apa kurangnya, depa pun pun seronok dengan pomegranate ni


jadi, apakah khasiatnya??

  • Delima Mengurangkan Berat Badan
  • Delima Memberi dan Merangsang Tenaga batin
  • Delima Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis
  • Delima Melindungi Otak Bayi dan Ibu Mengandung
  • Delima Melawan Kanser Payudara
  • Delima Melawan Penyakit Jantung
  • Delima Mengurangkan Batuk dan Asthma
  • Delima Membantu Menstabilkan Paras Kolestrol
  • Delima Membantu Merendahkan Tekanan Darah        
 

ni kesimpulan yang i dapat buat berdasarkan apa yang i jumpa tadi..mostly memang ni la yang hangat diperkatakan..dengan kajian2 yang telah dibuat, lab test pakai tikus la ape lah, so ni lah khasiatnya..mungkin ada lagi, tapi ni antara yang terbukti dan popular kot..bagus gile kan, preggy mommy pun elok makan buah ni..so to my cousin yang tengah pregnant 2nd baby, kak nuha boleh la merap abg aiman p beli buah ni kat pasar malam..hehe..





tapi kan, i xtaw la boleh mengubati ke x kelesuan di petang hari..huu tapi boleh kot, dah banyak khasiat kan..psychology tu penting :-)

taw x dalam al-Quran pun ada sebut 3 kali pasal buah delima(ar-Rumman) and named as one of the fruits that will grow in the gardens of paradise. 


Sebagaimana Firman Allah SWT dalam surah Al An’am ayat 99;


“Dan Dialah yang menurunkan hujan. Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-phon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan tandan buah yang mudah dicapah dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.”




tak cukup dengan tu, ada jugak hadith yang cakap pasal buah delima..

  • “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima syurga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)

  • “Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.” (HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)

oh lagi satu terlepas pandang..
Dental Protection
Research suggests that drinking pomegranate juice may be a natural way to prevent dental plaque. *dental people, y u no tell me???hehehe

tempting nya :'-)


jadi, based on all the evidences, terbuktilah bahawa delima sangat2 berkhasiat..dah la sedap, berkhasiat pulak tu..jadi, spend some time to find this golden red fruit for maintaining good health..saya pun begitu, tapi bila tu xpasti lagi..uhuk final dah dekat..pray for my success taw kawan2.. ^.^v








p/s :

Tuesday, April 17, 2012

slamber jer..

i don't know by attending a career fair would change my plan-life..=.="
tapi kebanyakkannya datang nak amek resume budak2 final year..haih sabaq2, nanti ur time will come yan, masa tu buat la 100 resume pun xpa..hehe..i rasa cool gile bila nampak macam company yang cari budak..chehhh..kat u lain macam ni jugak ke tiap2 tahun?

here, i nak utarakan personal view i..haha..bosan?anda bole keluar sekarang sebab kat bawah ni hanyalah visi dan misi seorang hamba yang hina ahaks..

Reinhausen


Toshiba


shell


samsung


Honda


Toyota


Schlumberger..yeah, ni yang i nak bold kat sini



tadi hampir sejam, diulangi SEJAM i interiew wakil dari Schlumberger..bukan dia yang interview i ye, i yang interview dia..kelas kau jahhhh hhhaa..*walaupun ia adalah syarikat oil and gas, tapi course electrical or mechanical pun boleh apply

kerja kat situ overall memang field job..apa itu field job?-->kerja2 dekat site..so jangan la imagine nak kerja duduk bawah aircond and ada office hour..it's a tough job man..kalau untuk lepasan diploma, job scope dia bahagian workshop la, macam kerja2 buruh sikit..aha jangan nak teruk sangat ayat tu..tapi engineer pun buruh bukan main jugak taw..cuma payment dia higher la..

at least 5years u have to undergo the critical moment, after that kalau rasa nak settle down kawen ke apa ke, dorang akan pindahkan ke bahagian lain, mcam marketing ke, HR ke..but everyone macam tu, semua akan kerja offshore dulu, naik heli, naik bot, naik kapal ape dulu then baru boleh masuk section office2, so yang kerja bahagian office ni senior2 yang mental and fizikal dah perkasa la..kerja memang tiring and tough..so sanggupkah anda??

jawapan saya, SANGGUP..yup, even it's offshore job - susah jumpa family, lama kat tengah lautan, ada possiblity nak break up dengan tunang *??, x raya sama2 dah dengan family and etc..but, it's a multinational company, please bayangkan u get paid in USD dan female workers dia x la sikit gila2 and xdela rasa terancam ke apa pun..tu semua psychology je..kalau i dapat, aim i masa tu akan berubah sikit kot, saya nak buat duit banyak2, habiskan kat my parents..yup, i nak hadiahkan kereta kat mama and abah..rumah x payah kot, penat mama ngan abah buat, pastu nak duduk rumah lain, memang dorang xnak la kan..haha..ok, angan2 tu kita tolak tepi dulu *suka berangan xtentu hala ppfftt~

seriously i naaakk sangat *mata berkaca..nanti intern insyaAllah akan usahakan untuk buat kat sana..sebab dia jenis kalau kita dapat buat intern dengan dorang, and prestasi kita baik je time tu, so habes degree terus dia kasi offer letter kerja dengan dia walaupun belum convo..sebabnya time intern tu dia akan tanya betul2 kita nak intern dengan dia untuk kerja or x, kalau bukan untuk bagi commitment kerja dengan dia, maybe dia x amek la untuk intern..so thats why i said, kalau dapat intern dekat sana, yes i akan kejar sampai dapat job dia..dan totally timeline hidup i akan brubah la kot..we'll see how it goes..

kalau la satu habuk pun xdapat, maybe Allah dah rencanakan plan lain untuk i, ok i terima je dengan tangan terbuka..cumanya kat sini i nak kongsi la sikit apa i absorb dalam hati tadi..so tu lah, i'm a girl who willing to take the challenge..

TETAPI, seandainya segala yang diharap dan diimpikan x menjadi, well biasala kan..kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan..dunia ni bukan tempat di mana kita boleh dapat semua yang kita nak, nama pun dunia..lain la kalau syurga kan..aha ayat status myilham.com kat facebook..like!









p/s : mesti dah sentap kan nak masuk minang saya bila dengar macam ni..kehkeh..haritu power plant, ni offshore pulak..haih macam2..

Sunday, April 15, 2012

grooming workshop

baru2 ni i ada pergi grooming workshop..rasanya x payah nak detail sangat la, semua pun tawu kan kalau grooming workshop ni apa yang dibuat kan,cuma i nak share sikit jela..ada 1 part tu kitorang kena jawab soalan personality..ada la beberapa soalan yang setiap satunya ada 4 pilihan jawapan..rupa-rupanya yang 4 pilihan tadi tu mewakili sifat yang kita cenderung..err macam pening je ayat ni..





ok, proceed..so i paling highest kat column yang mewakili 'I'..dia cakap orang yang huruf 'I' ni seorang yang ceria, mudah mesra dengan sesiapa, kalau keadaan susasana tu macam gloomy or mandom je, tiba2 akan tukar jadi brighter bila orang2 huruf I ni ada..pastu dia tambah lagi, kalau dalam majlis makan2 selalunya kita akan nampak pasangan I ni sampai dula sebab dorang yang I ni akan stop pergi meramah mesra dulu dengan kawan2..haha really??..well, i rasa i macam betul jugak haha..u know, kind of people yang x malu2 kucing sangat..hiii..dah nak buat macam mana kan memang personality i macam ni..mungkin boleh dikurangkan ikut keadaan la kot, but me just being me la selalunya..

saya mewakili I..anda pula?


symbol orang2 I ni adalah star

apa yang i dapat dari talk ni, dia cakap kita kadang2 selalu rasa macam, apsal dia tu macam tu?kenapa dia cakap camtu?kenapa dia tu kalau buat kerja nak macam tu macam ni eh?kenapa dia x boleh nk jadi macam dia ni, baik je, pemalu, jalan tunduk menyembah bumi, gelak nampak macam x gelak, and x pernah cakap ngan laki seumur hidup?ok dan macam2 lagi la kita rasa yang x kena dengan orang..

sebenarnya kita tu yang pelik..1st of all, kita kena tahu yang semua orang kat bumi ni mempunyai personality lain2, si A xkan sama dengan si B..bayangkan la kalau awak suka kat si A pastu awak nampak si B ni xbaik dan x memenuhi citarasa, agak2 si B kesah x?haha mesti x, sebab masih ada orang lain yang boleh menerima si B dan bagi mereka si B ni baik dan memenuhi citarasa..taste orang pun lain2 kan..

jadi, ketidak sempurnaan sesorang tu kita kena la terima dan kita semua kena tanamkan dalam kepala, nama kata kekurangan ni, sape pun xnak..jadi, semua orang berusaha untuk jadi sempurna sepertimana kita juga..antara lambat dan cepat, sedar atau x sedar je..so kita x boleh la assume yang orang yang x baik tu selamanya akan macam tu..apa kata kita cuba dekati dan tegur kesalahan dia daripada duk kutuk dari jauh je kan..











p/s : saya pun selalu fikir pasal jodoh saya

Friday, April 13, 2012

sehiris luka

berdasarkan p/s untuk post yang lepas, saya badmood sebab sebentar tadi dikejutkan dengan musibah yang terjadi di rumah saya di kedah..

rumah saya kena pecah masuk :'-(

i'm so sad, and feeling scared too..semoga kami sekeluarga tabah dengan ujian ini..to dada yang hilang paling banyak barang, angah pity u, be strong okey, dah xde rezeki nak buat macam mana kan..kita doa2 kan la yang Allah akan gantikan balik dengan cara lain..mana la tawu interview upnm sabtu ni dada lepas ke kan..









p/s : need motivation and support :'-(

Wednesday, April 11, 2012

dream palace

yesterday was my lucky day..1st, i met with lecturer that really help me a lot in solving question and he also doing a jamuan for all the staff on that day, so he invited me to join the jamuan..hihi makan sedap kot..

and then when i came back home, suri told me that we were going to an event..a grand one..erk so sudden..aha of course i have no problem..so terus i tilik2 baju mana nak pakai to suit with the event..u know, the minister also attend this event, x kan la i nak pakai baju macam pegi kelas je kan, n x kan nak pakai baju macam pegi jalan2..nasib baik event ni xde royal family, kalau x dah kena cari selendang pulak..ada sesiapa yang x tahu ke bahawa kalau ada kerabat diraja dalam majlis tu, kaum wanita perlu memakai selendang..dan warna kuning is a no-no..

jadi, event ni diadakan di Palace of the Golden Horses, dekat sini2 je..this place is soooo luxurious, 5stars hotel kan, memang la sangat menawan..i xtawu la kalau i dah kerja nanti pun i ada x kesempatan untuk datang tempat2 macam ni..jadi tiba2 ada peluang macam ni kan, i feel so lucky..thanx to Allah who planned everything for me..chehhh..the event is majlis perasmian tahun sains dan inovasi bla bla bla..ok im actually not into this event, i think i banyak habiskan masa dekat kawasan exhibition dia..there's a robot!!!almost faint..haha..its height was taller than me, it was moving like a human..when i walk around it, it stared at me sampai macam terteleng kepala..yeah rakyat malaysia dah maju..tapi kan, i x sempat la nak snap pic dia :(

sampai2 tu ngap dulu..i x suka sangat tea party macam ni, sebab x puas la makan berdiri..sape setuju??


lisdawati..cantik orangnya..


i-don't know-who tengah bagi speech..so i felt boring and keluar pergi kat exhibition balik..hiiii


ha ni nama penuh event ni


depan royal ballroom, tempat di mana event ini diadakan


this one just a small robot, tapi ability dia sama jugak, tambah bole menari lagi taw..*yuni, suri n me


reaction test..i x try pun benda ni sebab i rasa i lambat la react, malu plak nanti kalau result teruk..haha perlu ke..


ni model jambatan..dengan menekannya kita dapat nampak tekanan yang dihadapi oleh jambatan ini, kita juga boleh tahu bahagian mana yang lebih atau kurang tekanan


dengan memakai goggle ini..bahagian stress itu hanya boleh dilihat dengan memakai 3D goggle


ni untuk uji kekuatan genggaman..yang increase tengah2 tu bila i genggam guna tangan kanan, and sebelah tu tangan kiri..so maknanya tangan kanan saya adalah lebih kuat dari kiri. sebab yang kanan tinggi lagi..


errrr i rasa ni untuk tulang..haha obviously la kan..kalau eksiden pastu nak btulkan tulang yang patah, kita implant la besi ni..i rasa titanium ni..tah la, i pun x tanya apa2 pun..ada lagi 1 yang jenis2 ni jugak tapi booth lain, dia letak tulang lain dalam badan kita, tapi dalam bentuk biji2 kecik macam sagu yang belum dimasak =.="..orang tu kata kalau kat china banyak operation guna benda ni, untuk bagi tinggi so dorang akan patahkan tulang, pastu letak la this 'biji sagu' kat space antara tulang yang telah dipatahkan tadi tu, bahan yang digunakan untuk buat 'biji sagu' ni adalah sama dengan tulang punya material, so xdela nak ada implication apa2..but in malaysia, we use this to sambung balik anggota badan mangsa eksiden yang putus2..wuuuuu


ok kembali duduk..hehe sebab dah sampai ke persembahan..*duduk sebelah budak asis


mc nye nabil, neelofa and xkenal


zoom sikit heh


tarian apa tah, tapi skali dengan ipad bawak menari


nyanyian dari budak sekolah rendah



aha pakai ala2 kpop tapi nyanyi lagu tema je..not bad la


story telling berunsurkan sains


max 24/7..haha seriously..

koir dari lim kok wing university, nyanyi lagu 1 malaysia





bawak2 bersabar ye dik..*budak sas

*teringin


and majlis pun tamat


di bangunan lain..lobby hotel..spacious and sophisticated


fevret selca!!!neelofa ni cantik sangat..she's even prettier without make up






one day, i hope that i will be the kind of person who is able to afford to stay in this palace












p/s : and bring along my mom and dad :'-)