Sunday, July 29, 2012

perut towel

harini dalam sejarah i rasa i pergi cari perut and balik buat perut cicah air asam..haha angin xdak, ribut lagi xdak, tiba2 siap juadah ni..oh sangat fevret okehh..tapi apakan daya, air asam ni adalah kali pertama dibuat sendiri oleh cik yan secara keseluruhan, maka rasanya tidak cukup kaw macam mama salu buat..tapi boleh telan lagi la..


macam mimpi pulak rasa sebab i buat sendiri, kat uniten pulak tu..haha macam2..


perut ni dah siap diproses, so xdela i kena susah2 basuh dengan air kapur bagai, just basuh dengan limau nipis then rebus je


need to improve lagi nih, sebab masam sikit..







p/s : mengidam laksa siam la pulak

Friday, July 27, 2012

the holy creature

At the time when the Quran was being revealed to him(Rasulullah s.a.w), he used to smile most. When something happened, he entrusted it to Allah, kept himself free from his own strength and ability and said in invocation:
 'O Allah, show me truth in a true manner or give me grace to give it up. You guide to the straight path whomsoever You will.'


though hard or easy, i hope i will never abandon this one

my favourite quran..cover dia ber cushion macam bantal..heee


my favourite surah since secondary school =)








p/s : saya harap awak masih mendoakan saya

Sunday, July 22, 2012

curahan kasih yang tak terhingga

malam sebelum 1 Ramadhan merupakan malam aku demam panas yang rasanya paling teruk setakat aku dah besar dewasa ni. dan x pergi klinik pun sebab masing2 busy sangat dengan tanggungjawab mereka sendiri dan aku pun x nak susahkan sape2. oh and yes, aku baru je demam minggu lepas2..tapi tu la, melatih untuk aku sabar dengan ujian yang tengah Allah turunkan kat aku dan dalam masa2 genting aku nak masuk ramadhan. tapi aku masih bersyukur dengan jemputan Allah yang membenarkan aku merasa ramadhan jugak.Alhamdulillah

terima kasih yang x terhingga aku credit kat housemate aku yang banyak bantu aku malam tu, sumpah malam tu aku sendiri takut dengan apa yang bakal jadi memandangkan aku ada sejarah masa kecik2 bila badan panas sangat aku boleh jadi 'tarik'. oh x sanggup nak fikir kalau jadi umur skarang ni dan jauh dari parents aku :'(

malam tu, aida dengan suri bergilir2 lap badan aku dengan kain basah perisa asam, ni pun aku la yang bagi idea sebab dulu penah abah picit asam dalam 1 baldi air and mandikan aku untuk turunkan suhu badan. dorang picit2 kepala, picit2 kaki. aku masa tu mesti la masih boleh fikir sebab sedar lagi cuma kurang reaksi sebab lemah, mata pun tutup je. pastu aida letak kokyok(menatang yang pelekat dekat kepala untuk kurangkan pening) kat kepala, letak koolfever lagi kat dahi. rasanya total towel basah yang digunakan malam tu dekat 5 helai jugak la, sume menyumbang apa yang dorang ade just to help me huuuu :'( terharu sangat.

then tengah2 malam i terjaga pulak sebab blocked nose, so i bangun tidur luar kat ruang tamu and lega la rasa dia sebab macam selesa2 gitu, dah tidur tu rupanya housemate i masih monitor keadaan i, sebab masa i tengah tidur i terjaga sebab terkejut sejuk. tiba2 je rasa towel basah kat tengah belakang, memang mengeliat la jugak, kulit i jadi sensitive dengan air, macam pedih la bila kena air mungkin sebab panas kot, tah la. humm x mampu la nak balas dengan hanya ucap thank you kat korang semua.

then subuh2 tu kejut i solat subuh and pegi suruh mandi sebab katanya bagus untuk orang demam. humm seksanya mandi dengan kulit rasa pedih, macam over pulak mandi pun nangis2 dalam bilik air.ok banyak sebenarnya lagi yang dorang buat dekat i, aduhhh terharu sangat2. hanya 1 je yang boleh aku janjikan kat sini, aku x kan khianati korang la. means aku akan cuba sedaya upaya untuk x biar korang susah sebab aku, aku sayang korang sangat2 walaupun korang macam rasa aku kurang curahkan kasih..hahaha mesti sebab mulut laser aku ni kan. huuuu *dush dush dush tampar

hehe sweet x weyh aku stay up untuk tulis post ni..lol gila x ikhlas bunyi. ok xdela gurau jeee, aku still blocked nose ni, x bole tidur dan kepala pening, tadi siang punya sehat sampai bole pegi bazar ramadhan kot..huhu xpela ada hikmahnya kan semua ni..muwahhh love uolss ketat2 taw..kehkeh


Thursday, July 19, 2012

cerita tapak kasut

alhamdulillah dah tinggal lebih kurang sehari untuk berpuasa. yeayyy ramadhan. excited taw sebab selalunya bulan ni lah ibadah akan berganda berbanding bulan2 yang lain. huhu sepatutnya memang la tiap2 bulan pun kena banyakkan ibadah, tapi tu la hakikat diri yang lemah segala segi ni. ramadhan datang je baru la nak macam2 plan. humm tapi xpelah kan, at least kita semarakkan jugak ramadhan yang bakal datang ni, sambut dengan tangan yang terbuka..

semoga apa yang diimpikan untuk buat pada ramadhan kali ni x kan makin lama makin slow la, sebab masuk bulan puasa ni maknanya makin dekat la final tu, dan makin banyak la perkara yang nak kena buat. jadi, positifkan diri anda untuk kekal merasa kemanisan ramadhan, jangan penat2 pastu nak tidur sepanjang hari..*oh dapat rasa macam akan jadi je :/

sekarang ni saya kira kita masuk musim hujan untuk kawasan bangi dan kawasan yang sewaktu dengannya. harini saya telah membelah langit yang menangis dengan cara berlari2 anak untuk ke kelas yang jauhnya 10minit perjalanan, emm semanya dalam 7minit la. dan dengan itu, maka lekanglah tapak kasut yang telah dibeli di pasar malam ini. dan tapaknya tidak sempat untuk dibuang kerana hujan dan kereta yang lalu lalang banyak sangat..huhu so tinggal di tempat kejadian macam tu je.

dramatic gila sebab dan lagi tangkap gambar


tiada lagi tapak, feeling dia macam berkaki ayam tapi yang telah berevolusi



jadi pengajaran di sini, korbankanlah duit anda untuk membeli kasut yang mahal dan ternyata berkualiti untuk kesejahteraan long term. walaupun hanya flat dan bukan heels, stilettoes dan sebagainya, x bermakna ia perlu dipinggirkan tahap kualitinya..dang~ rasa macam nak ketuk kepala kat dinding sebab kasut lain yang jarang dipakai tu boleh pulak amek yang branded, or at least beli kat mall, tapi flat yang banyak berbakti untuk masuk lab ni boleh pulak beli kat pasar malam..huuu diskriminasi menjatuhkan aku.


Wednesday, July 18, 2012

hansaegee nature

ok ni cerita basi..huahua haritu kite ade cakap yang kite nak bagitawu kan apa barang yang kite order kat hansaegee nature di entry ni..jadi benda tu dah selamat sampai minggu lepas, dan i dah pakai 2 nose strip dia..oh my sangat berpuas hati, dan serum dia sangat best..bagi i yang nose strip tu x kesah je nak brand ape, asal dia boleh cabut buang blackhead kira awesome dah la tu, tapi highlights kat sini adalah dia puya serum untuk kecikkan pore, susah taw nak jumpa tambah2 yang betul2 berkesan..so i rasa even kalau nose strip ni habes pun nanti xdela i nak order baru, tunggu sampai serum ni habes baru order lagi memandangkan dia xde jual serum tu secara ala carte..heee

walaupun ini barang korea dan tulisannya semua korea, jangan takut hadek2 ye sebab masih ada tulisan kecil berbunyi english untuk difahami, dan dapat free gift pen juga :)


walaupun size dia tomey2 je tapi kita hanya perlu guna 2 3 calit je, so benda ni boleh tahan lama sikit la


so, saya dah temui solution masalah muka saya, anda pula bagaimana?hewhew

Sunday, July 15, 2012

we're back in business

mengikut jadual, supposely harini i pergi event 1malaysia for youth kat klcc tapi sengaja di kenselkan sebab nak dating..huahuahua

eh mesti la kena utamakan dulu perjumpaan dengan wawa berbanding event yang emm errr ada unsur kempen pilihanraya tu. ewahh sedap pulak main bubuh je kan. heeeee
so we went to sunway to window shop, doing girl's stuff and makan2. i'm so happy today, memang best sangat jumpa wawa setelah lama x jumpa. macam2 story kitorang cite -life sekarang, the busyness life to be specific haha, and so much more la, dan almost sume kedai yang best2 kitorang masuk untuk cuci mata. apa beza window shopping dengan wawa dan dengan orang lain? haha semestinya lah feel, sebab kitorang punya taste dan perangai tu macam lebih kurang je so reaction dia same je bila tengok something yang menarik. apa yang i nak buat, mesti wawa suka jugak nak buat. kitorang x shopping apa2 pun, just wawa bought some books kat popular n i bought maple handbag for raya!!! hehe so tambah lagi 1 koleksi maple handbag. i very the like u knowww....


terserlah kemantapan pipi di situ tapi ada aku kesah....??huuu *moral down


n she' speeding rite now huhu apa yang kitorang fikir pun x tawu la time ni, seronok sangat pun susah jugak


dan driving dia sangat extreme..ni bukti kekaburan yang x dapat dibendung


fokus gile bawak..atau kau seronok menyuluh muka kat cermin..huhu..and atas riba dia tu ring flower dia, dan i pun x paham kenapa nak kena letak atas riba instead of letak kat tempat lain =.=


booo gambar dalam bilik air


ok x kisah pun kbye


aiskrim ni sedap sangat2 okeh


purposely buat macam ni sebab wawa cakap "aku suke la gambar yang macam mystery2 sikit"errr okk aku pun suke heee


suke sangat gambar ni..kreatif dan inovatif =)




sambil tunggu makanan sampai


having lunch at pepper lunch


mine is beef yakiniku with egg..haruslah jepun2 kan nak makan pun, nama pun wawa dengan yan..apa lagi yang awesome untuk kitorang selain korea n japan..haha overrr


wawa's - x ingat nama tapi one of favourite dish la kat pepper lunch ni. so highly recommended la makan kat sini sebab memang sedappp dan boleh feeling2 seoul garden kejap sebab kita kena kalih daging ni dalam hot pan, kiranya sampai2 tu menggelegak la kat kita..haha bolehhh laaaa


accidentally datang time jay park datang sini, tapi waktu ni just jerit2 je la, orangnya x de pun lagi



cari2 buku


pastu balik tu lepak2 kejap kat tasik uniten sambil camwhore some more. happy sangat taw. hewhew thanx wawa sebab spend time jugak dengan aku, nanti kita jumpa lagi taw, we'll find some other time to meet up soon okey yayang. rindu kau la gile hehe








p/s : owh masih terbayang baju kat forever21 tadi

unicommserve

sem ni adalah sem last i amek subject islamic studies, means that i dah amek la islamic studies 1 and 2 before this..so for this islamic studies 3 kitorang ada community service, macam masa islamic 2 jugak, but this time dia macam meriah sikit la sebab gabung2.

tempatnya adalah di PLPP Bangi, pusat latihan perindustrian dan pemulihan kalau x silap. tempat orang kurang upaya la senang cakap. activity dia kitorang kena bersih2 kawasan dalam tu dan ada buat game sikit dengan dorang. the place is quite big, macam sekolah asrama la, ada bangunan pentadbiran, kelas, asrama, dewan, etc. i x berkesempatan pun nak beramah mesra dengan dorang sebab masa tengah kemas2 gym tu memang xde student dia kat dalam tu dan masa main game i x main apa2 huhu. tapi i sempat la pegi baring dalam asrama dia lol~ and i ada salam sorang ni dan sengeh2 pastu mintak izin nak baring. n tu jelah, awkward pulak rasa sebab i  xreti la nak approach huuu my bad.

masa 1st kitorang sampai tu boleh nampak la dorang macam excited nye, i x pasti la dorang excited sebab kedatangan kiotrag atau memang dorang macam tu. contohnya masa cikgu dorang bagi taklimat kat depan dorang macam suke la, sorak2, very responsive and active, haha pastu tengok rombingan dari uniten ni sume senyap je, baik gile la pulak kan. i rasa masing2 mengantuk lagi kot since kitorang kena bangun awal gila untuk gather kat masjid, ataupun sume sebenarnya awkward lagi dengan tempat baru.

apa yang i nampak, kekurangan yang dorang ada tu macam nothing la bagi dorang untuk teruskan hidup sebab memang nampak independent sangat taw, serious i kagum la dengan semangat dorang. masa tengah kemas2 stor kan ramai yang datang tolong walaupun ada yang jalan x betul, tangan x sempurna, dan beberapa kekurangan lagi la. pastu masa main game pun semangat je dorang, happy bukan main. ada one time tu kan, ada sorang ni jatuh dari wheelchair taw masa main basketball, i was like dupdapdupdap, i'm so scared for what going to happen, yela jatuh yang wheelchair tu pun terbalik. but then he stood up and in just a blink of an eye dia dah duduk macam biasa balik. errr i pun x paham macam mana dia buat tapi huuuuu i feel like crying la tengok, how is that possible. u know without any help and in just a few seconds je dia buat sendiri, i dont know la sakit dia tahap apa kan, because of course la sakit dah jatuh2 macam tu kan, pastu dia main lagi taw x..humm kuatnya dorang ni kan, malu la dengan kita yang normal ni kalau sikit2 je nak nangis. n lagi 1, kalau yang jenis duduk atas wheelchair ni kan, dorang x suka ditolak. ada sekali tu i nak tolong la tolak sampai ke bilik air, pastu dia macam terus laju je pergi and cakap xnak. and ada my friend pun kena macam tu jugak, memang dorang xnak la kita kesian dengan dorang, so it's sign la kan bahawa they want us to accept them like a normal person, xde beza pun antara kita.

fresh morning

dekat masjid, tengah briefing


pembersihan kawasan sekitar


baring2 kejap hehe


futsal..yang pakai pink tu student plpp


sukaneka


indoor games










p/s : dan ada jugak yang hensem2 kbye#

Friday, July 13, 2012

mood happy dan happy dan happy

berbunga2 la bila tengok status sorang ni......ishhh menggamit perasaan betul la..hehe nak taw sape?mesti la saudara hilal asyraf kalau bab2 status gempak2 ni..sume tawu kan dia dah jadik pengantin baru, dan lately ni memang habes romantik la status2 dia..xsangka la kan orang yang macam skema baik gile macam tu kalau nak romantik dia x sembunyi2..wuuaaa i very the like u knoww..heee haritu dia update, "bangun tengah pagi(xingat dia tulis pukul berapa pagi), melihat sebelah..bersyukur dengan nikmat yang tuhan berikan"..fuuuuuuuuuuu aku pulak yang over kan..eh bagus taw kita adore orang yang baik2 macam dia dari nak adore artis..kan kan kan?hehe at least segala status dia tu kita minat nak baca walaupun panjang dan terkesan la dekat hati..haaa kite ade printscreen status yang memang oh my so sweet sangattt..



comel je kan zaujah dia..and yang bestnye dia layan kan je..xdela nak konservatif pun pasal korea2 ni..to both of u, saya(fan) doakan semoga perkahwinan ini sampai ke syurga..mabruk


ok kita beralih pula kepada segment kehidupan seharian..choii..okkk, lupa nak cakap yang kite activate balik fb after 5hari..huarghhhh hati x kental langsung..ok tujuan utama i activate balik sebab ada urusan yang kena selesaikan segera yang medium nya perlu menggunakan fb..so nak x nak kena activate la baru boleh setel..tapi xpe, i try to use it as moderate as i can..hewhew..

emm last week i pergi tengok uniten cup as i was invited to watch the final match dan one of the player tu kawan i so pergi jela tengok lepas habes kelas..sekali dah pergi tu tengok2 dah 1-0 dah..team dia la yang 0 tu..dorang lawan dengan team pak arab..huhu kasar jugak dorang main, i tengok pun macam sakit hati je..

at mini stadium uniten


the audience..yes the weather was very hot, matahari memang depan muka..huhuu :/


and at last, team kawan i(getafe) kalah 0-2 dengan team benfica..but it was a good match la sebab xdela bosan pun..i pun bukannya minat bola kan so xpandai la nak bagi ulasan padu kat sini..and for that, i dapat jersey dorang..cantik taw sebab warna pink..haha i pun pelik kenapa la dorang buat jersey warna pink, da macam team netball sekola rendah dulu..


backview


frontview


oh weekend ni schedule i penuh..esok dari lepas subuh sampai pukul 4petang ada community service kat rumah orang kurang upaya, pastu keluar dengan wawa sebab kitorang dah xtahan sangat nak jumpa hewhew dan esoknya tu ada event kat klcc..humm kat mana time nak study nyeee..??chehhh padahal skarang pun bolehhhh..ok jum :)










p/s : nak cake in jar pleaseeee =)

Wednesday, July 11, 2012

(hangul)cakkamal = (english)wait

yeayy malam ni beli tiket balik kedah..untuk balik weekend minggu depan..haha nampak x semangat asrama kat situ?humm cool kan bila duk asrama, semua rasa macam kalut2 je, tambah2 process nak balik kampung, tapi masa duk asrama dulu rumah i dekat je dengan asrama, jadi urusan nak balik ni x semeriah kawan2 yang duk jauh la..hewhew xtaw la nak cakap benda ni best ke x..

ok apa yang nak ditekankan kat sini adalah, pada bulan yang lalu, emm rasanya xsampai sebulan lagi kot, kite ada order long dress thru online..kite order 2 taw, satu untuk kite, satu lagi untuk sepupu tersayang kiteeee..long dress kitorang sebijik cuma warna je lain..tapi.............bila baju tu dah sampai kat rumah dia, dia pun selonok ah try kan, sekali size pulakk masalah..baju tu dia cakap x mampu nak pakai sebab macam besar..i pun xtaw la nak bayangkan macam mana, tapi diharapkan untuk size i yang rendang ni mintak2 muat la..sedih kot beli memahal tapi xmuat..wuuuu xpe benda boleh alter..xdinafikan la ni adalah antara kelemahan beli on9, tapi dia dah kasi ukuran dah, cuma i je yang x ukur betul2, pakai main agak je..ok xpe, jangan putus harapan lagi..balik minggu depan 1st thing i nak buat, terai long dress tu dulu..

huh muat muat muatttttt..hehe kena la bagi semangat sikit kat diri..sorry to syera sebab baju tu x mesra hang..tapi diharap masa raya nanti kita tetap boleh beranggun2 dengan long dress di malam hari keyhhh..haaaa sebagai tukaran, cousin kite kan, belikan kain cotton india kat kiteeee untuk buat baju raya..nampak x???haaa ni lah sepupu sejati idaman suri..eh jap, semanye sepupu kite yang belikan dulu cotton india tu then baru kite yang belikan pulak long dress..ok, sekian

dan sekarang, kita tengah tunggu abam posmen hantar barang yang kite order lagiiii..huahua huuuu wuaaaaa kenapa aku ni boros dan cepat terpengaruh sangat..???*insaf 
humm tapi tu benda yang memang dah diidamkan lama taw x..dan seiring la dengan keperluan diri di mana itu adalah solution terbaik saya rasa..apakah?? jap ehhh kite bagi hint

very the poyo u know nak print2 screen bagai :3


kalau sesape yang kenal dengan hansaegee ni mesti tawu kan product dia macam mana, especially to those yang memang minat korea ni selalunya tawu la..best kan kan kannnn..kalau lepas ni xjadi cun macam awek korea lagi xtaw ah nak kata apa..kuang kuang kuang..nanti barang dah sampai kite cakap eh kita beli apa..

oh ya, why wan syafiq idzyany??huuuuu semanye kan, i pakai alamat rumah coursemate i, nama wan syafiq, so untuk bagi dia dapat hint yang tu barang i, i just letak la nama i sikit kat belakang, xtaw pulak dia terus register account guna nama ni..huhu nama tu macam aishh boleh bawak kemurkaan tu =.="










p/s : sesape yang berminat boleh la tengok kat sini, www.hansaegee.com

Monday, July 9, 2012

sehari bersama abam camel

nah haiii 3 post sekali gus..orang tengah mood happy memang macam ni..baru balik shopping la katakan..*rolling eyes



this is one of the best day in my life..tudiennn terus masuk kategori best day sebab apa, sebab boleh shopping..haaa nampak x permainan dia kat situ?ada orang cakap cik yan ni maintenance tinggi..ok ur argument is invalid okeh sebab i ni jenis berpijak di bumi yang nyata..ada duit jelah baru berbelanja, kalau xde berpuasa..kehkeh

tapi tu lah, shopping is girl's bestfriend right..pengubat dikala duka, pengisi masa ketika lapang dan juga merawat stress..hasilnya, tengok cik yan skarang, yang hilang2 selera makan ape sume tu dah kebah dahhh..sehat walafiat je skarang nih..entry pun up sampai 3..wiggle wiggle



pada mulanya niat di hati kami bertiga(housemateeee) ni nak lunch je kat alamanda tu, skali nah bangkrup masing2..ok xnak cakap lagi part muflis ni..kita pergi kepada part bahagia dulu..

so apa i beli?yeay satu persalinan pakaian..dari baju ke seluar dan ke dalam2..heee..pastu ingatkan dah nak stop dah sebab cukup la kan beli semua, skali terpengaruh pulak dengan aida n suri, sebab diorang beli barang untuk setiap ahli rumah diorang, cukup lengkap dari ayah sampai la ke adik yang last..wow cool kan..nak jugak macam tuuuu..ok fine so i pun beli..hahaha sebab perasaan masa tu macam nakkk sangat tengok family i pakai time raya ni dan sume sedondon..tapi tu lah, untuk mama, baby n kakak susa la nak cari..1st sebab size, 2nd sebab taste..pompuan kan, cerewet sikit..so xpela i beli je handbag kat mama..



kenapa handbag senang nak cari?sebab dia xde size2 pastu sebab mama memang dah banyak handbag, jadi kalau kata i beli warna yang susah match sekali pun it's ok sebab mama boleh pakai time yang dia rasa ada match dengan koleksi baju dia..so xpayah la i nak pening kepala fikir nak cari corak dan warna yang paling efisyen dan praktikal..beli je yang mana nampak cantik dan tawu mama xde lagi..tapi tu lah, mama jenis pakai beg branded sikit, so ni 1st time la i kasi handbag kat mama..kalau i ni belasah je beg pasar malam pun, janji cantik..heh~

then kat dada n abah i belikan tshirt diesel..warna kuning kelabu..nampak sangat nak suruh pakai time i pakai baju raya warna kuning nanti kan..ok yeayy boleh tangkap gambar sedondon-dondon..macam comel je i rasa kalau abah ngan dada pakai baju ni, sebab i beli yang memang sebijik..dan sume ni i beli untuk raya..except barang2 diri i tadi tu la, yang tu untuk seharian..dan oh kat kakak n baby memang x beli apa2..too sad :(

ok i rasa macam motip i nak update benda ni..??huh???emm ok xpelah dah habes tulis dah pun..so dengan ini saya dah muflis kbye# pastu x sabar nak balik rumah nak hadiahkan barang2 kat my familyyyyyy <3








p/s : finally, ter deactivate jugak facebook aku..humm bukan susah punnnn

Sunday, July 8, 2012

happy birthday, MAMA!!!

lepas hari unitengua tu i sakit..demam selsema yang teruk jugak la..pastu i kena amek darah lagi..seperti biasa result dia adalah kekurangan iron dan darah merah..dan ada kat bawah tu tulis anemia ape tah..humm maybe anemia yang peringkat awal kot..tapi doctor ada rekemen i buat ujian telesemia..so tengok la balik ni ke i nak pergi buat..tapi terdekat ni i rasa i balik untuk bulan puasa..huhu we'll see how it goes

ehek*gelak mengada
saja screenshot mesej ni..lol~ xpe, kite mengada dari kecik lagi okeh so xpelah kan..haha


so haritu besday mama kan, kite kasi sepraissss kat mama..hhhaaaa happy woot woot..walaupun masa tu kite duduk jauh di perantauan ni tapi x menghalang kite kasi seprais taw..sekarang kan semua hujung jari je so apa ada hal..pehhh ayat nak membongkak je..

i love u mama..semoga mama dipanjangkan umur dan sentiasa di bawah lindungan rahmatNya..pastu angah harap mama sentiasa sihat je sampai bila2, sentiasa happy dan sentiasa sempoi..cewahh pastu kan angah harap mama dimurahkan rezeki sebab kita semua boleh merasa..hahaha..dannnnn angah harap mama sayang angah sampai bila2 sampai infinity..haaaa gerammm nak peluk mama..wuuuuuu


hari besday mama yang disepraiskan dengan delivery service cupcakes.. :')


mama taw x, design ni angah pilih sendiri taw..lawa kannnn kbye#



haaaa kena thanx nenek la sebab melahirkan seorang mama yang supermak..errr dan superloving..haih sedih pulak sebab rasa macam dah lama x jumpa mama..sebab ni lah i x ditakdirkan belajar oversea taw..hhhaaa bukan x layak ye..ngee~ 






p/s : x sabar nak ada banyak duit sebab boleh 'beli' kebahagiaan lagi..dah student kan, buat cara student la, xkan la nak booking dinner kat 5star hotel pulak kan..xpe mama, nanti ehhh..muwahhh

unitengua part 2

so i guess i'm back in business now..hehe after a long haul..huh macam2 jadi dalam kehidupan aku dalam satu masa nih..gilooooo..so sambung la cerita pasal unitengua part 2..x best la kan makan nasi x habes ye dak..humm jum habiskan sekali entry nih ye..

so malamnye banyak jugak la activity yang dijalankan..actually kan benda ni 2 hari, so campur yang entry sebelum ni dan entry harini baru jadi 1 hari taw sebab 2nd day i x boleh update kat sini memandangkan i kerja haritu jadi memang x sempat la nak tangkap gambar banyak2 dan pergi sana sini..

hewhew baju rasmi pekerja


ni adalah pertandingan decorate cupcakes anjuran kelompok(kolej kediaman)


cantik kannn..i snap gambar yang cantik jelah..huuu


preparation time malam, untuk perasmian


simple but nice stage..lantern ni kawan i yang buat hehe xdela masa dia buat tu i pegi tengok, ingatkan ape benda rupanya wiring untuk ni..

ingat x kite ada cite pasal kelab kembara?hhaa ni setting dorang untuk malam hari..hehe haruslah ada khemah kan kalau dah kembara

ni plak seramu(sekreteriat rakan muda) time malam..dan semua club bila time malam lain pulak setting masing2..cantikkkkk

persembahan choir medley lagu2 adele

salsa


errr tennis 


disebabkan rasa x best kat luar, jum kite tengok ceramah dari sham kamikaze..ceramah agama taw, dan sangat besttt..sampai skarang pun masih ingat lagi apa yang dinasihatkan..cewahh


full house kot talk dia


serious sume tengok je mamat depan ni..yela, dengan ber singlet je kan datang dengar ceramah..bagus la kan..jiwa rock tapi suka lagi nak dengar ceramah agama..don't judge a book by its cover :)


before bersurai tu, beliau dendangkan petikan gitar lagu ketika cinta bertasbih..sungguh membuai perasaan..heh~


dia cakap bole bawak 1 lagu je sebab takut jadi najis..haha okkkk

dapat balloon :)


ok tu jelah..ni sume yang sempat tangkap la, actually mesti la banyak lagi kan yang terjadi..dan hari ke2 pun sangat meriah..memang best gile lah unitengua..mengharapkan unitengua lagi tahun depan dan lagi gempak..