Tuesday, October 1, 2013

Budget Trip ke Hong Kong - First Day

Hi bertemu lagi dalam segmen kedua. Disebabkan flight delay, ada la beberapa tempat yang terpaksa cancel sebab kesuntukan masa. Tapi nasib baik la tempat2 tu bukan yang ada tiket yg dah dibayar. So untuk first day, I cadangkan korang x yah la pergi tempat yg kena bayar dulu sempat takut kes2 flight delay ni lah.

walaupun delay, semangat tetap berkobar2 okeh


Sesampainya di Hong Kong International Airport, kami terus ke kaunter octopus card, tak jauh mana pun dengan tempat keluar dari immigration check. Lepas tu terus cari travel simcard. Mesti kena report kat family kan dah sampai, iolss jalan2 gigirl je taw tanpa agent. so after relex2 jap regangkan badan, terus bergerak ke exit bus. Kitorang pilih untuk naik bus sebab bawak beg yang berat2 so malas nak lompat2 tren. Di samping tu boleh enjoy the view sebab perjalanan pun sejam. Pukul 6 petang dah gelap macam senja taw. Masa HK dengan Malaysia sama je cuma panjang siang n malam berbeza.

seat style mengadap :) nampak tak kitorang tengah makan power bar. Energy tu penting taw bila travel.

so bus yang kitorang ambil ni straight menuju ke chungking. Dekat tempat bus tu ada board besar yang tulis semua number bus dan destination setiap bus tu. Pastu memang sistematik la sebab setiap number bus ni dah ada lane khas dia, means xdela semua berkumpul satu tempat and kalau bus dia sampai, berpusu2 pergi naik. Kiranya kalau bus A21 pergi kat lane dia sendiri dan beratur kat situ je. Bus kitorang naik ni ada stop kat 14 bus stop, chungking yang number ke 13. Dan dalam bus ada dia tulis dah number ke berapa stop so x payah pening2 pun nak kira. Haa yg lagi menarik, dalam bus ada cctv kat bahagian kita letak beg, so kita duduk mana2 pun boleh la monitor beg kita tu.

Sesampainya stop kitorang, bermulalah perjalanan mencari chungking mansion. Nasib baik dekat je dan memang jelas terpampang. Pastu naik atas and check in. Owner hostel sangat2 fasih english so memudahkan la urusan. So dah setel semua ni kitorang terus keluar ke Ladies Market. Ini pun senang je nak pergi guna mtr. Sampai dekat station Mongkok tu, jalan sikit je dah jumpa Ladies Market. Korang boleh refer map, memang ada dia tunjuk jalan nak pergi.


jalan ke Ladies Market

Pantang kat Ladies Market ni, kalau nak betul2 barang tu baru tanya harga. Kalau orang kedai tu ok, dia bagitawu and takde paksa2, tapi mostly memang akan paksa beli jugak. Siap bagi kalkulator suruh kita letak berapa harga kita nak. Memang la best kan tapi masalahnya kalau dah semua macam tu, takkan nak angkat semua barang. Lepas tu kalau korang taknak, dia boleh cari korang kat kedai sebelah yang korang pergi tu. Pastu tarik2 tangan. Huhu scary kan. Tapi kawan I dia mintak beg MK dengan harga 100HKD, dari harga awal almost 200 kot, kitorang blah terus masa dia x nak turunkan harga, dia punya panggil2 kitorang buat tak tawu je, last2 dah jalan jauh dah, dia datang jugak tarik tangan and cakap ok ok i give u 100. pehhh


So dah puas shopping souvenirs, kitorang pun balik. Berjam2 jugak la pusing2 situ. Singgah Sasa lagi pilih2 perfume. Memang penat la balik tu, mandi2 and then terus tidur. 
Till then, sambung part 2 pulak ye :)


Budget Trip ke Hong Kong - tips yang berguna

wow last post i time awal2 masuk sem and now dah habes pun sem tu. so I'm now updating my blog regarding my latest trip with besties to Hong Kong. yeah u heard me, Hong Kong. Actually our 1st plan was to go to Krabi but the weather was not very kind as September would be the heaviest rain there.


Flight

We are so lucky because AirAsia was doing promo ticket to Hong Kong at that time. So our plane ticket was about RM510 pergi balik. Ini dah total up check in luggage and seat taw. and everything else lah. Kiranya kalau x cek in baggage and x pilih seat sebenarnya lagi murah lah. Makanan pun kitorang order heh padahal 4 jam je flight. Bukan apa, kita tak tawu lagi kan bila nak boleh makan so penuhkan dulu tank. And time ni flight kitorang awal pagi gile2 mana sempat makan. Tapi rupanya delay sebab typhoon. Aduh menyesal pulak order makanan sebab boleh makan kat airport je. So ikut korang la macam mana.


nasi bukhara ayam AirAsia. Serious sedap.

Vietnam sky. Pilot yang bagitawu okeh. heee





Hotel/Hostel

Tempat duduk kitorang macam hostel la sebab hotel quite pricey but not worth the value. Sana hotel mostly kecik x kira la mahal mana pun maybe sebab city dia pack kan, tapi kalau 5 star 6 star I tak taw la hehe. So kitorang ambil hostel yg affordable yet satisfying. Ok lah kan 1 single bed and 1 queen bed utk kitorang 3 orang. Ensuited bathroom lagi. Selalunya kalau hostel kn kadang2 share bathroom kan, ini macam hotel la kiranya cuma interior dia la x macam hotel. Aircond dengan kipas pun ada. Kawasan yg kitorang duduk ni nama dia Chungking Mansion. Sini kawasan yg ada masjid and Islamic Centre, and then banyak la pak2 arab stay sini. Tp for me, emm dorang ni mcm excited semacam bila tengok muslim mcm kita ni so agak rimas la bila sikit2 jumpa mesti nak datang promote halal food and whatnot. Nasib baik sehari 2 kali je jmpe, pagi nak keluar sekali and nak balik time malam sekali. So pastikan hotel dah pre-booked online ye.


Octopus Card

Macam most blogger sarankan, kalau sampai je airport please beli octopus card which is like our TounchNGo card. Octopus Card ni boleh access semua public transport except cab. Tapi korang memang tak kan nak guna cab pun sebab mahal. Naik tren sudeyhh. Octopus card ni nanti korang boleh claim balance and deposit balik. Jangan jadi macam kitorang, terlambat sikit masa nak balik so rushing itu ini x sempat nak pergi claim.


Travel SimCard

And sampai je airport jangan lupa beli travel simcard dekat tingkat 7, ada 1 kedai tu jual. Dalam blog fatin liyana pun ada tunjuk rasanya kedai tu. Plan internet dia untuk seminggu so macam kitorang yang pergi 4 hari ni tersangatlah cukup. Just beli satu, then hotspot kan untuk kegunaan kitorang 3. Bukan setakat 3 barang guna, tambah dengan tab masing2 lagi so jadi 6 barang yang guna hotspot internet, still x lembap pun.


Food

Makanan kat sana memang mahal dan susah cari yang halal. So kitorang memang bawak sendiri dari malaysia. Yes korang boleh bawak makanan pergi sana tapi semua ni kena check in baggage la sebab hand carry bag memang x boleh bawak air langsung. Ever. termasuklah perfume and deodorant. Air minum apetah lagi kan. Semua2 ni kena check in! Oh ya, dalam disneyland ada air water cooler yg boleh diminum so bawak botol air kosong (dalam Adventure Land, dekat dgn toilet yg dekat restoran halal). Kalau dekat hostel ada je air panas tapi better bawak jugak la air mineral dari malaysia sikit. Dalam Disneyland ada 2 restoran halal so don't worry tak payah bawak makanan dari luar sebab nanti kat entrance dia akan check beg korang satu persatu. Tapi haritu kawan I lepas la bawak air.


makanan untuk 4 hari 3 malam except lunch. and memang ada lebih pun tapi terpaksa tinggal sebab takut overweight.


Airport

Dari airport nak ke hostel kitorang makan masa dalam 1 jam jugak la sebab city memang jauh dari airport. Fyi, airport dengan disneyland dekat sebab located on the same island, city is on the mainland. Nak cari hotel kat mana2 pun x kisah just pastikan dekat dengan station mtr. Yela korang larat ke nak menapak jauh2 kan dari hotel ke mtr. Kalau mtr dia pulak memang terbaik la sebab nak pergi mana2 pun memang sampai lah and senang je nak faham mtr map dia.
Masa nak balik ke airport tu korang kena ingat yang airport dia ada Terminal 1 and Terminal 2. Terminal 1 untuk kita depart and arrive. Terminal 2 untuk check in baggage. I pun pelik kenapa dia nak buat macam tu. So masa korang naik tren or bus ke airport tu turun kat Terminal 2 la untuk check in. Dah siap tu terus pergi Terminal 1. Masa korang sampai takde serabut apa2 pun sebab dari Terminal 1 tu terus je keluar ke destination korang nak. Takyah check in apa2 pun, just nak claim baggage je.


Ticket

Ticket masuk Disneyland kitroang beli kat sini http://starmoonvacations.com/en/ticket/  Personally I memang rekemen korang beli siap2 ticket sebab nak mengurangkan jumlah cash yang korang bawak, and lagi satu tak payah beratur kat sana, save time dah kat situ. Yang bagusnya agent ticket ni dia bukan pos kan tiket je, dia siap bagi map Hong Kong with the mtr link, pastu ada buku lagi, and disneyland punya map jugak. Without charge! sebab memang kitorang bayar harga tiket and duit pos je.
Cadangan I kat sini, korang kalau tak ambil 2day pass ticket pun xpe sebab habiskan je sehari tu, penat tu memang la kan nama pun berjalan. Sebab the next day tu korang beli la ticket pergi Ocean Park. Kitorang x masuk pun sini tapi dengar cite memang best la, roller coaster dia pun lagi best. Boleh tengok panda and dolphin yuuuu (T.T)


So hope tips ni banyak berguna la untuk backpackers sekalian. I ni amateur jewww. And this is for budget trip la not the luxury one. Still student meh :p

backpackers la sangat kannn hehe








Tuesday, May 28, 2013

start drinking milk today!

assalamualaikum.......tak jawab dosa, kalau jawab sayang..*ayat tiru =.=


sekarang ni adalah antara hari-hari terindah dalam hidup aku. well, now dah balik uniten untuk sambung belajar balik setelah cuti berpraktikal. apa yang best sangat nih pasal balik uniten semula? haha sebabbbbb kembali jadi student. i know i will miss this time nanti bila dah grad. tambahan pula, masuk sem baru ni dah final year, dah kena start buat final year project. i don't know how hectic my life would be but i know i'm gonna make it insyaAllah. :)

bila dah start sem baru ni selalunya banyak azam. ehek itu mesti weyhh kena la bersemangat, better dari takde semangat langsung. antara azam yang i buat adalah mulai dari sekarang ni i nak belajar minum susu. yes, u heard me, SUSU.
i ni dikenali dengan habit tak sukakan sangat-sangat minum susu. semua dairy product i boleh telan except susu yang putih yang ori tu. haih memang tak boleh belah langsung la bau dan rasa dia. boleh bawak muntah weyh jangan main-main.

tetapi, tak tau la apa miracle datang kat aku, tiba-tiba disuntik kesedaran untuk minum susu. rasanya setelah banyak membaca review tentang ibu mengandung kot. yela dorang mostly suka cakap pasal penjagaan diri ketika pregnant kan, so mesti la asyik share kebaikan minum susu. bila dah banyak membaca pasal ni, rasa macam takde seorang pun ibu mengandung yang tak minum susu. wadehek aku nak unjuk ego kat sini taknak belajar minum kan. bapak selfish la kalau gitu.

jadi, timbul la kesedaran di situ. bukan untuk mengandung je weyh please don't get me wrong, people. as we all know, susu sangatlah baik untuk kesihatan baik jangka masa pendek mahupun long term. so kalau la aku taknak minum susu sampai la ke mengandung baru nak belajar minum, nampak gaya kelam masa depan anak-anak aku. mak takde kalsium nak peturun kat anak-anak. how pathetic is that sebab kesalahan dari diri sendiri.

i pun mula lah buat research sikit kat google macam mana nak belajar minum susu untuk beginner yang geli-geli macam i ni. so mostly banyak rekemen susu HL Marigold sebab susu dia sedap dan boleh diterima tekak yang asing dengan susu macam tekak i ni. yang paling bestnya dia low fat milk taw which is good untuk orang yang chubby macam i =.=". minum susu kan senang gain weight, no no no jangan ambil risiko itu ye kawan-kawan seperjuangan sekalian. kita mestilah memilih low fat. bukan whole milk or skim milk.

how cute the size is ^.^

saya dah mula minum susu, anda pula bagaimana? amalkan gaya hidup sihat, anda masih belum terlambat. lakukan perubahan. heeee nak tawu tak, kite minum susu ni tak muntah apa pun taw. sekali je minum dah habis. rupanya memang sedap betul la susu ni.

Wednesday, May 8, 2013

pudding caramel tanpa telur gwiyomi

I am a sweet tooth woman. like seriously. and seriously risau dengan masa depan kesihatanku. ok tu menipu sebab x penah nampak berhenti pun makan benda manis -...-

jadi berbalik kepada sweet tooth, i really like dessert which is mostly sweet! kalau pergi kenduri atau event mesti akan cari apa dessert yang dipersembahkan.

and petang tadi terasa nak makan pudding caramel. pudding caramel ni ada 1 benda tentang dia yang i x berapa bekenan. ramuan utama dia adalah telur. bila diletakkan telur maka akan hadirlah rasa yang x berapa enak, tapi kalau orang yang buat tu memang terer xdehal lah, sedap punya.

walaubagaimanapun, cikyan telah terjumpa sebuah resipi di mana pudding caramel kini telah berevolusi, no more egg. oh sangat menghiburkan hati ini, jadi apa saya buat?cepat2 menyalin resipi dan mengarahkan adik ke kedai tengah2 hujan untuk membeli bahan.


ini sahaja bahan yang diperlukan. cukup mudah ye kawan2


make the caramel sauce first. please masak gula without air sampai dia jadi warna perang, and then baru masuk air. mula tu i buat terkalut sangat nak masukkn air takut sangat la periuk rosak la ape la padahal x pun,so last2 jadi air gula je, dia x jadi merah. lesson learnt!

this is the mixture of tepung jagung and tepung castard with water. kacau sampai larut semua yang keras2 tu. x perlu guna air panas pun xpe dia boleh larut jugak.



this is the color when all the mixture are mixed together. semua2 lah sekali, dengan susu cair, susu pekat, vanilla essence and the mixture of tepung jagung and tepung castard, and air jugak, but please jangan banyak air, nanti lembik macam cikyan punya pudding huuu


yup, u can get 2 puddings with this recipe. so masukkan dalam fridge and tunggu keras, esok sejuk2 baru kita makan :)


oh lupa nak cakap, resepi ni i ambil dari blog fatin liyana, yang honeykoyuki tu la. please cuba sebab senang gila. and please follow the steps or else, pudding lembik!!! huhu

Thursday, May 2, 2013

Langkawi Intern Trip

yeay yeayyy malam ni update blog. serious busy lepas habes praktikal, gua ingat makin menganggur xde kerja, rupanya lagi sakan heeee. ok mari kita ceritakan satu persatu ye.

pada jumaat yang lalu, kami geng praktikal tnb alor star, telah mengadakan satu budget trip ke langkawi. bajet gile sampaikan percutian ini hanya memakan rm200 untuk 2hari1malam. serious berbaloi2 dengan apa yang kami enjoy kat sana. so sape2 nak details harga untuk budget trip ni boleh la pm, recommended sangat2 sebab as a student yang mengharapkan duit tajaan ni kan, bajet2 ni la preferable.

actually trip ni kira macam farewell trip la untuk kami sebab yang mana dari uniten ni dah cukup 3 bulan berpraktikal, jadi tinggal lah yang lagi berapa kerat tu menyambung perjuangan di tnb. trip ni dah dirancang sebulan yang lalu taw, boleh kata tiap2 hari datang ofis akan bercakap topik langkawi ni. sampaikan staff2 kat situ datang bagi info sorang sikit maybe sebab tengok semangat kami yang berkobar2 ni kan jadi dorang pun bagi la semangat. memang bersemangat!hehe and tu lah tuhan makbulkan jugak apa yang telah kami usahakan ni, siapa sangka kan dari hanya bercakap2 kedai kopi pasal nak pergi langkawi ni akhirnya menjadi kenyataan.walaweyhhh hampa memang terbaik!!!

the day before.time ni ramai2 pergi beli tiket feri and ada satu kejadian kelakar kat sini. nampak x jari yang berinai yang buat peace tu?ok itu nadia. dia turun dengan bob pergi beli tiket,skali ada orang cakap "ni orang baru ni, nak pi honeymoon la tu" hahaha sumpah epic gila, kami yang duk dalam kereta ni memang bahan jelah dorang 2 tu kan. :)


us~
*baju yang dibeli on9 kat sallyfashion.com*


van yang disewa. bob lah driver kami sepanjang di sana, memang terbaik la dia punya driving, macam dah experience bertahun2 bawak van.


island hopping. kesian gile kat kitorang 2 sebab terlepas ke belakang, yang lain semua kat depan je huhu tapi bila time nak cakap main redah je jerit depan belakang hehe maap lah ye mat saleh iolls memang begini :p


muka happy habes time ni. yela dah la scenery cantik, pastu bot tu pulak laju so berangin2 la alahai memang besttttt sangat. nanti nak datang dengan enchek suami pulak hikhik


tasik dayang bunting. nampak kan dayang tu dia bunting pastu dia tengah tido. uniknya tasik ni dia terletak kat tengah2 lautan, border dia antara tasik n laut sikit je, i wonder jugak macam mana kalau dipecahkan bukit yang jadi border tu apa jadi eh?


swimming in the lake. the legend said kalau minum air kat tasik ni senang nak pregnant. huhu masalahnya i dah tertelan banyak jugak nih, mampuih -...-
balik dari island hopping, terus naik banana boat pulak, yang ni memang the best laaaa


lupa nak tunjuk awal2 motel or chalet yang kami stay malam tu. this is grand beach motel at chenang island, terletak betul2 sebelah pantai. sangat murah sebab rm50 jeeee. no air-cond just kipas ceiling tapi sangat lah sejuk malam tu, ingatkan nak panas so relex je x pakai selimut masa tidor sekali nah hamek kau dengan cadar tilam kena tarik jadi selimut. setiap bilik boleh muat 3 orang tapi kitorang tido 2orang, sebab chalet amek 3. bilik memang selesa, no argument di sini.


*camera abg alif*
malam tu keluar dinner kat baron bistro, sangat cantik tempat dia dan memang layan la sebab tepi laut. rasa nak duduk situ lama2 pastu x mau gerak mana2 dah. mata pun stim je ehekk


jalan2 di waktu malam sangatlah menyeronokkan jiwa, kami punya karoke dalam van tu sampai x dengar apa satu pun orang cakap hehe what a joy :)



beli cucuk2 panas ni kat tepi jalan. padahal x lapar pun tapi seronok nak lepak2 sambil mengunyah


masa ni masing2 dah kemasai dah, serious sakit betis, sakit tumit, sakit segalanya


malam pun berlabuh. yang geng laki lepak kat pantai lagi sampai tah pukul berapa. kami yang wanita ni duk dalam bilik bergosip soh seh soh seh. tapi bilik sebelah bunyi kah kah kah la sebab mira n jun punya gelak sampai kitorang dengar. best la malam tu apa yang disembangkan dengan nadia*ehek rupanya semua berpihak kat aku, thanx la hampa semua sebab bagitaw semua info2


ok the next morning,kitorang dengan semangat waja terus begerak ke pantai pasir tengkorak untuk mandi manda. yang ni lama la kami mandi sebab clash dengan hujan sekali, tapi still mandi jugak. dah lama x mandi hujan yang lebat macam tu. ada buat game jugak, pastu lawan2, race2. dah macam runningman taw. gambar ada dalam kamera mira.huhu


balik dari mandi pantai kat pasir tengkorak, kitorang bersiap2 and cek out. so destinasi seterusnya adalah underwater world. yang ni sengaja ditambah sebab x taw nak pergi mana lagi yang aktivitinya adalah santai.


for me, emm boleh tahan la underwater world ni. disebabkan besar sangat so mendatangkan keboringan la jugak, maybe sebab letih nak menapak, kaki pun sakit2. tapi dia menarik semanye kalau bawak budak2.


next, we went to cable car. masa pergi ni dia tengah buat yearly maintenance so xpelah kira cancel dah, and then kat situ jugak ada 6D cinema, memang menarik la kan tapi sayangnya tengah maintenance jugak. jadi pergi main dengan rabbit jelah sebagai pengganti. kat situ semua ada la, kitorang pun shopping2 kat situ jugak.


lastly, balik ke pekan Kuah untuk borong coklat. tapi masa hanya 10minit je diberikan sebab dah x cukup sangat dah masa. jadi keadaan masa tu macam race, and i pun main rembat je mana ada. hasilnya x jumpa pun coklat pepero warna hijau dan juga tiramisu. huhu


so boleh dikatakan ini antara trip terbest la yang pernah i join, sebab yang ikut ni semua best2 dan sempoi2. sayang korang semua sangat2. semoga ukhuwah yang terjalin ni dibina sampai bila2. :')