Thursday, May 2, 2013

Langkawi Intern Trip

yeay yeayyy malam ni update blog. serious busy lepas habes praktikal, gua ingat makin menganggur xde kerja, rupanya lagi sakan heeee. ok mari kita ceritakan satu persatu ye.

pada jumaat yang lalu, kami geng praktikal tnb alor star, telah mengadakan satu budget trip ke langkawi. bajet gile sampaikan percutian ini hanya memakan rm200 untuk 2hari1malam. serious berbaloi2 dengan apa yang kami enjoy kat sana. so sape2 nak details harga untuk budget trip ni boleh la pm, recommended sangat2 sebab as a student yang mengharapkan duit tajaan ni kan, bajet2 ni la preferable.

actually trip ni kira macam farewell trip la untuk kami sebab yang mana dari uniten ni dah cukup 3 bulan berpraktikal, jadi tinggal lah yang lagi berapa kerat tu menyambung perjuangan di tnb. trip ni dah dirancang sebulan yang lalu taw, boleh kata tiap2 hari datang ofis akan bercakap topik langkawi ni. sampaikan staff2 kat situ datang bagi info sorang sikit maybe sebab tengok semangat kami yang berkobar2 ni kan jadi dorang pun bagi la semangat. memang bersemangat!hehe and tu lah tuhan makbulkan jugak apa yang telah kami usahakan ni, siapa sangka kan dari hanya bercakap2 kedai kopi pasal nak pergi langkawi ni akhirnya menjadi kenyataan.walaweyhhh hampa memang terbaik!!!

the day before.time ni ramai2 pergi beli tiket feri and ada satu kejadian kelakar kat sini. nampak x jari yang berinai yang buat peace tu?ok itu nadia. dia turun dengan bob pergi beli tiket,skali ada orang cakap "ni orang baru ni, nak pi honeymoon la tu" hahaha sumpah epic gila, kami yang duk dalam kereta ni memang bahan jelah dorang 2 tu kan. :)


us~
*baju yang dibeli on9 kat sallyfashion.com*


van yang disewa. bob lah driver kami sepanjang di sana, memang terbaik la dia punya driving, macam dah experience bertahun2 bawak van.


island hopping. kesian gile kat kitorang 2 sebab terlepas ke belakang, yang lain semua kat depan je huhu tapi bila time nak cakap main redah je jerit depan belakang hehe maap lah ye mat saleh iolls memang begini :p


muka happy habes time ni. yela dah la scenery cantik, pastu bot tu pulak laju so berangin2 la alahai memang besttttt sangat. nanti nak datang dengan enchek suami pulak hikhik


tasik dayang bunting. nampak kan dayang tu dia bunting pastu dia tengah tido. uniknya tasik ni dia terletak kat tengah2 lautan, border dia antara tasik n laut sikit je, i wonder jugak macam mana kalau dipecahkan bukit yang jadi border tu apa jadi eh?


swimming in the lake. the legend said kalau minum air kat tasik ni senang nak pregnant. huhu masalahnya i dah tertelan banyak jugak nih, mampuih -...-
balik dari island hopping, terus naik banana boat pulak, yang ni memang the best laaaa


lupa nak tunjuk awal2 motel or chalet yang kami stay malam tu. this is grand beach motel at chenang island, terletak betul2 sebelah pantai. sangat murah sebab rm50 jeeee. no air-cond just kipas ceiling tapi sangat lah sejuk malam tu, ingatkan nak panas so relex je x pakai selimut masa tidor sekali nah hamek kau dengan cadar tilam kena tarik jadi selimut. setiap bilik boleh muat 3 orang tapi kitorang tido 2orang, sebab chalet amek 3. bilik memang selesa, no argument di sini.


*camera abg alif*
malam tu keluar dinner kat baron bistro, sangat cantik tempat dia dan memang layan la sebab tepi laut. rasa nak duduk situ lama2 pastu x mau gerak mana2 dah. mata pun stim je ehekk


jalan2 di waktu malam sangatlah menyeronokkan jiwa, kami punya karoke dalam van tu sampai x dengar apa satu pun orang cakap hehe what a joy :)



beli cucuk2 panas ni kat tepi jalan. padahal x lapar pun tapi seronok nak lepak2 sambil mengunyah


masa ni masing2 dah kemasai dah, serious sakit betis, sakit tumit, sakit segalanya


malam pun berlabuh. yang geng laki lepak kat pantai lagi sampai tah pukul berapa. kami yang wanita ni duk dalam bilik bergosip soh seh soh seh. tapi bilik sebelah bunyi kah kah kah la sebab mira n jun punya gelak sampai kitorang dengar. best la malam tu apa yang disembangkan dengan nadia*ehek rupanya semua berpihak kat aku, thanx la hampa semua sebab bagitaw semua info2


ok the next morning,kitorang dengan semangat waja terus begerak ke pantai pasir tengkorak untuk mandi manda. yang ni lama la kami mandi sebab clash dengan hujan sekali, tapi still mandi jugak. dah lama x mandi hujan yang lebat macam tu. ada buat game jugak, pastu lawan2, race2. dah macam runningman taw. gambar ada dalam kamera mira.huhu


balik dari mandi pantai kat pasir tengkorak, kitorang bersiap2 and cek out. so destinasi seterusnya adalah underwater world. yang ni sengaja ditambah sebab x taw nak pergi mana lagi yang aktivitinya adalah santai.


for me, emm boleh tahan la underwater world ni. disebabkan besar sangat so mendatangkan keboringan la jugak, maybe sebab letih nak menapak, kaki pun sakit2. tapi dia menarik semanye kalau bawak budak2.


next, we went to cable car. masa pergi ni dia tengah buat yearly maintenance so xpelah kira cancel dah, and then kat situ jugak ada 6D cinema, memang menarik la kan tapi sayangnya tengah maintenance jugak. jadi pergi main dengan rabbit jelah sebagai pengganti. kat situ semua ada la, kitorang pun shopping2 kat situ jugak.


lastly, balik ke pekan Kuah untuk borong coklat. tapi masa hanya 10minit je diberikan sebab dah x cukup sangat dah masa. jadi keadaan masa tu macam race, and i pun main rembat je mana ada. hasilnya x jumpa pun coklat pepero warna hijau dan juga tiramisu. huhu


so boleh dikatakan ini antara trip terbest la yang pernah i join, sebab yang ikut ni semua best2 dan sempoi2. sayang korang semua sangat2. semoga ukhuwah yang terjalin ni dibina sampai bila2. :')

No comments:

Post a Comment