Monday, October 24, 2011

luahan kasihku kepada dia

sebelum kita beralih kepada story pasal dinner semalam, i nak sembang2 sikit la pasal sesuatu yang tengah bermain2 dalam fikiran i sekarang ni, yela sebelum terlupa baik cakap je..

frankly speaking, i x pandai nak amek hati abah i berbanding mama..kadang2 i kesian dengan abah sebab macam buat x tawu je kat abah, tapi dengan mama sangat manja2..abah mesti jeles kan, xpun rasa kecik hati sebab kasih sayang yang berat sebelah, padahal dia sayang anak2 dia same je..:'-(

i bagi contoh la, i salu kalau balik mesti akan peluk2 dengan mama sambil baring, sambil story macam2, almost everything..tapi kalau abah balik atau masuk bilik, mesti i akan blah je, xpun i mengundur diri la senang citer..tapi, x kan la dengan abah pun i nak macam tu kan, segan la pulak, pastu plak kalau nak story2, x kan la nak story sume kan..

pastu kalau mother's day ada je i buat something untuk mama, x kesah la kecik or besar, tapi mesti ada la either i wish thru mesej yang panjang berjela ataupun bagi apa2..tapi kalau father's day, ape je i buat, kadang2 x wish pun, nak kasi apa2 lagi la x kan, x ke terasa abah sebab time mama, sume anak2 macam kemain appreciate, huuuuu sedihhhhh

and dari segi surprise plak, beria i plan dengan kakak nak surprise mama raya haji nih..tapi kat abah x plan apa2 pun..tapi ada la cakap nak belikan tshirt cuma x termasuk dalam plan surprise..hmmm kalau dulu abah nak belikan baju x payah tunggu mintak pun mesti abah beli..

*kesat2 airmata

tapi, tu lah beza ibu dan ayah..ayah ni selalunya dia x kan tunjuk dia punya tacing dia tu ataupun dia x kan mintak la suruh kita buat apa2 kat dia..lagi 1, dia sendiri kalau nak tunjuk sayang dia tu, lain dengan cara yang ibu guna..dan mungkin kita sebagai anak2 ni akan salah tafsir dengan cara sayang yang ditunjukkan tu..kalau x, x berkali2 la kan i bergaduh dengan abah..huuuu

jadi, belum terlambat lagi untuk mengubah apa2 selagi kita masih mempunyai ayah..hargailah dia seperti mana dia dah buat dekat kita sampai ke hari ini..maafkan segala kekasaran atau kekhilafan dia kerana dia juga manusia biasa..bagi yang mempunyai ayah tapi mungkin dah bercerai dengan ibu anda, ketahuilah dia sendiri x nak hubungan yang renggang macam ni dengan anda, tapi tulah takdirnya..sayangilah dia kerana anda masih mempunyai seorang lelaki bernama ayah..

love u no matter what i've said or what i've done




yang benar,
angah-yg-used-to-be-manja-but-not-anymore










p/s : x jadi nak citer pasal dinner

No comments:

Post a Comment