Sunday, July 22, 2012

curahan kasih yang tak terhingga

malam sebelum 1 Ramadhan merupakan malam aku demam panas yang rasanya paling teruk setakat aku dah besar dewasa ni. dan x pergi klinik pun sebab masing2 busy sangat dengan tanggungjawab mereka sendiri dan aku pun x nak susahkan sape2. oh and yes, aku baru je demam minggu lepas2..tapi tu la, melatih untuk aku sabar dengan ujian yang tengah Allah turunkan kat aku dan dalam masa2 genting aku nak masuk ramadhan. tapi aku masih bersyukur dengan jemputan Allah yang membenarkan aku merasa ramadhan jugak.Alhamdulillah

terima kasih yang x terhingga aku credit kat housemate aku yang banyak bantu aku malam tu, sumpah malam tu aku sendiri takut dengan apa yang bakal jadi memandangkan aku ada sejarah masa kecik2 bila badan panas sangat aku boleh jadi 'tarik'. oh x sanggup nak fikir kalau jadi umur skarang ni dan jauh dari parents aku :'(

malam tu, aida dengan suri bergilir2 lap badan aku dengan kain basah perisa asam, ni pun aku la yang bagi idea sebab dulu penah abah picit asam dalam 1 baldi air and mandikan aku untuk turunkan suhu badan. dorang picit2 kepala, picit2 kaki. aku masa tu mesti la masih boleh fikir sebab sedar lagi cuma kurang reaksi sebab lemah, mata pun tutup je. pastu aida letak kokyok(menatang yang pelekat dekat kepala untuk kurangkan pening) kat kepala, letak koolfever lagi kat dahi. rasanya total towel basah yang digunakan malam tu dekat 5 helai jugak la, sume menyumbang apa yang dorang ade just to help me huuuu :'( terharu sangat.

then tengah2 malam i terjaga pulak sebab blocked nose, so i bangun tidur luar kat ruang tamu and lega la rasa dia sebab macam selesa2 gitu, dah tidur tu rupanya housemate i masih monitor keadaan i, sebab masa i tengah tidur i terjaga sebab terkejut sejuk. tiba2 je rasa towel basah kat tengah belakang, memang mengeliat la jugak, kulit i jadi sensitive dengan air, macam pedih la bila kena air mungkin sebab panas kot, tah la. humm x mampu la nak balas dengan hanya ucap thank you kat korang semua.

then subuh2 tu kejut i solat subuh and pegi suruh mandi sebab katanya bagus untuk orang demam. humm seksanya mandi dengan kulit rasa pedih, macam over pulak mandi pun nangis2 dalam bilik air.ok banyak sebenarnya lagi yang dorang buat dekat i, aduhhh terharu sangat2. hanya 1 je yang boleh aku janjikan kat sini, aku x kan khianati korang la. means aku akan cuba sedaya upaya untuk x biar korang susah sebab aku, aku sayang korang sangat2 walaupun korang macam rasa aku kurang curahkan kasih..hahaha mesti sebab mulut laser aku ni kan. huuuu *dush dush dush tampar

hehe sweet x weyh aku stay up untuk tulis post ni..lol gila x ikhlas bunyi. ok xdela gurau jeee, aku still blocked nose ni, x bole tidur dan kepala pening, tadi siang punya sehat sampai bole pegi bazar ramadhan kot..huhu xpela ada hikmahnya kan semua ni..muwahhh love uolss ketat2 taw..kehkeh


No comments:

Post a Comment