Thursday, July 19, 2012

cerita tapak kasut

alhamdulillah dah tinggal lebih kurang sehari untuk berpuasa. yeayyy ramadhan. excited taw sebab selalunya bulan ni lah ibadah akan berganda berbanding bulan2 yang lain. huhu sepatutnya memang la tiap2 bulan pun kena banyakkan ibadah, tapi tu la hakikat diri yang lemah segala segi ni. ramadhan datang je baru la nak macam2 plan. humm tapi xpelah kan, at least kita semarakkan jugak ramadhan yang bakal datang ni, sambut dengan tangan yang terbuka..

semoga apa yang diimpikan untuk buat pada ramadhan kali ni x kan makin lama makin slow la, sebab masuk bulan puasa ni maknanya makin dekat la final tu, dan makin banyak la perkara yang nak kena buat. jadi, positifkan diri anda untuk kekal merasa kemanisan ramadhan, jangan penat2 pastu nak tidur sepanjang hari..*oh dapat rasa macam akan jadi je :/

sekarang ni saya kira kita masuk musim hujan untuk kawasan bangi dan kawasan yang sewaktu dengannya. harini saya telah membelah langit yang menangis dengan cara berlari2 anak untuk ke kelas yang jauhnya 10minit perjalanan, emm semanya dalam 7minit la. dan dengan itu, maka lekanglah tapak kasut yang telah dibeli di pasar malam ini. dan tapaknya tidak sempat untuk dibuang kerana hujan dan kereta yang lalu lalang banyak sangat..huhu so tinggal di tempat kejadian macam tu je.

dramatic gila sebab dan lagi tangkap gambar


tiada lagi tapak, feeling dia macam berkaki ayam tapi yang telah berevolusi



jadi pengajaran di sini, korbankanlah duit anda untuk membeli kasut yang mahal dan ternyata berkualiti untuk kesejahteraan long term. walaupun hanya flat dan bukan heels, stilettoes dan sebagainya, x bermakna ia perlu dipinggirkan tahap kualitinya..dang~ rasa macam nak ketuk kepala kat dinding sebab kasut lain yang jarang dipakai tu boleh pulak amek yang branded, or at least beli kat mall, tapi flat yang banyak berbakti untuk masuk lab ni boleh pulak beli kat pasar malam..huuu diskriminasi menjatuhkan aku.


No comments:

Post a Comment