Thursday, September 20, 2012

jackie chan adventure

wow segarnyaaaa. sesegar embun pagi(yang aku x kan ketemu langsung kerana hanya berjumpa dengan wap panas tengahari)..alkisahnya macam ni, i bila menses i akan cepat rasa x selesa, cepat rasa busuk, dan cepat jugak la perasaan2 lain datang menyapa.

jadi, i pun mandi jelah pukul 2pagi tadi. oh jangan ditiru ye unless kau memang degil macam aku. so ingatkan lepas mandi nak tido, sekali hah tebeliak pulak bijik mata ni x nak tido. untung jugak la bole update blog kan. emm tapi kan, tah kenapa suka kalau nanti kawen, sang suami tu suka mandi dulu before nak masuk tido, xdela i risau dia tu tah dari mana2 pastu nak cuddle2 i pulak kan, huh memang x laaaaa*ayat orang pembersih SANGAT o.O





ok benda yang nak diceritanya kat perenggan sekarang ni :)
tadi petang i tengok talkshow yang ada jackie chan, rancangan kat tv china la bukan jackie chan kena interview dengan tv3 ke apa ke taw. heh perlu ke bagitawu. ok yang osemnya, dia menitiskan air mata REAL okeh dalam talkshow ni! yes, i'm talking about jackie chan yang kungfu2 dalam tv tuuuu. masa mula2 tu dorang ajukan soalan biasa2 je kat dia tanya pasal karier dia segala bagai, then masuk pasal family dia.

mak dia meninggal dah lama dah mengidap penyakit alzheimer, so tinggal bapak dia jelah dan baru tahun bile tah dah meninggal jugak, kira baru jugak la. penah sekali tu dia cerita dia buat seprais birthday party kat bapak dia yang ke-90, dia sewa kapal terbang tapi cakap kat ayah dia kata dia nak pegi untuk penggambaran. so bapak dia pun hantar la dia sampai ke pintu kapal terbang tu, dia naik dulu sebab nak semua ready, dia dah tempatkan dalam kapal terbang tu semua kawan2 baik ayah dia and sedara mara dorang, pastu bila bapak dia masuk je memang tekejut habes la bila tengok kawan2 dia ada, pastu semua orang nyanyi happy birthday to you sambil tepuk tangan. bapak dia tergamam sambil jalan sampai ke hujung. and then bapak dia tengok dia and nangis taw :')
dan yang bestnya kapal terbang tu pergi malaysia. i mean datang malaysia.. haha masa sampai dekat hotel tu dia cakap ada sultan tengah main golf dekat hotel tu pastu dia tawu jackie chan datang so dia bagi penghormatan untuk bagi ruang kat jackie chan bersama dengan family dia sebab jackie chan booking seluruh hotel tu. so kat sini semua macam kagum gila la dengan sultan kat malaysia cewahh..eh ni cite betul ni, jackie chan sendiri story okehhh
dia cakap tu memang moment paling dia x bole lupa la sebab dorang ni jarang sangat dapat bersama, and x sangka xlama lepas tu bapak dia meninggal.

ok masa ni dia belum nangis lagi. pastu dorang tanya2 lagi pasal family dia, wife, anak, etc. rupanya kan anak dia sangat berbeza la dengan dia, dia penah ajar kungfu kat anak dia dulu, pastu anak dia cakap x best, dia cakap kalau saya belajar kungfu saya x kan boleh jadi hebat dari ayah tapi kalau saya belajar muzik, komfem lagi hebat dari ayah..haha make sense la kan alasan dia. tapi persamaan dorang, anak dia ada berlakon jugak. taw x dorang anak beranak ni berjumpa 2 3 bulan sekali je taw*ehem macam i je tuh
haa lagi 1 yang menarik dia cite kan, anak dia ni minat basketball, pastu kebetulan masa tu dia ada kat amerika so anak dia mintak la belikan tiket NBA, dan ada orang dalam tu i x sure player ke coach kenal dengan jackie chan so senang la urusan nak beli tiket. pastu xbole blah sekali si player/coach ni kasi tiket yang paling mahal, yang seat dalam box kat dia and berharga USD1400 camtu la, tapi dia x kesah pun la so dia bayar jelah, sekali dia kol la anak dia cakap dah ada tiket, anak dia x tawu pun pasal semua ni and ingat tiket tu free, dia cakap 2 tiket eh ayah, satu lagi untuk kawan ok thank you..haha lol

haa tadi nak cite yang dia nangis tu kan, so skip la pasal dia cite macam mana dia ajar anak dia, dan dia ada menyesal dengan cara dia ajar anak dia disebabkan masa dorang bersama sangat terhad. and then skip lagi pasal dia cerita dia nak buat filem tentang perjalanan hidup dia, and bila dorang tunjuk sikit dokumentari yang dah dibuat tentang family dia, dia memang nangis terus la habes screen show tu sebab last tu cakap pasal ayah dia. ada gambar dia dengan anak dia kiss pipi ayah dia. pastu dia nangis lagi banyak sambil bercerita lagi. tah bila kat tangan dia ada tisu, haha ni mesti ada dorang cut time hulur tisu kan. ok i yang hati macam jelly ni pun turut mendalami taw perasaan dia, i nangis jugakkkk!!! haish jackie chan i cry for u taw, u memang very superb la i can say. overall i boleh cakap jackie chan ni superman, batman, avengers, cicakman dan sebagainya.


<3 chan="chan" jackie="jackie" p="p">
 

No comments:

Post a Comment