Sunday, January 8, 2012

my bad habit satu ketika dulu



ada x sesiapa kat sini yang suka gigit kuku?hehe..di sini saya nak mengaku yang saya suka gigit kuku..DULU..sekarang ni memang dah cantik lerrr kuku i *tayang2 sikit kuku..tapi kan, x dinafikan la kadang2 bila ralit(leka) akan bawak jari masuk mulut jugak, tapi once i tersedar i stop la..buruk benor ler kan dah besar panjang pun gigit kuku lagi..

masa i kecik dulu kan selalu i kena tampar tangan oleh orang sekeliling..tengah duk feel gigit kuku, paaapppp!!!tangan i kena tampar..wuuuuu sedih..tapi pun, bukannya nak terbiasa, duk lagu tu jugak..haish..kuku ni memang x berkesempatan pun nak tumbuh, nak memanjang apatah lagi..

and then, there's one time i gigit kuku dengan rakus sampai terluka..luka tu xpe lagi, xdela sakit mana..pastu kan benda tu kotor, bercampur dengan luka boleh jadi infection..lukanya dah kering dah tapi malam tu i duk sakit jari..sakit yang berdenyut2, memang x boleh nak tidor..menangis la i malam tu sebab sakit..punya la kuman tu duk makan jari i kan, dia duk jadi nanah la yang sakit denyut2 tu..

then esoknya jari i bengkak, and it's getting bigger rapidly, bila sentuh kat bengkak tu sakit and the colour is pale, bukan bengkak yang warna merah..tapi i biar je sebab dah sakit kan..but then abah i nampak, dia pegang jari i sambil beristghfar panjang..haha.

"tudiaaaa haihhh, sampai teqa ni gigit, ni taw dak dia bernanah kat dalam ni?luka ka sebelum ni?awat biaq saja?"..me: sakittttt
"ni dah cukup masak(x pasti perkataan ni ke x) dah ni, kena cucuk bagi pecah ni..nanti abah balik kerja abah buatkan..me : xmooooooo!!.."taw dak kalau x buat, lama2 kuman ni makan kuku, pastu tercabut terus the whole kuku sebab kuku tu mati dah"..me: *cry sebab takut kuku hilang and pk kesakitan yang bakal dihadapi

abah dah balik kerja dan terus panggil i..*dup dap dup dap

abah bawak keluar duri pokok yang bapak menakutkan..(T__T) "awat abah pakai tu?angah x mauuuuuuu wuuuaaaaaa.."kalau jarum biasa nanti lagi sakit sebab x cukup tajam macam duri ni, yang ni hujung dia lagi runcing"..i x setuju sebab masa tu x belajar physic lagi bahawa P=F/A..kehkeh

maka kedengaranlah jeritan yang seram dan sayu di seluruh pelusuk alam..*tapi abah belum buat lagi pun sebab i duk meronta2
last2 dengan 1 cucukan yang sepantas kilat, segalanya selesai..pastu boleh i stop meraung pulak..haha rupanya x sakit mana pun..macam kena electric shock kejap je..pastu keluar la nanah..urghhhhhhh geli gilaaa!!!i suruh abah yang buatkan sebab i geli tengok..tapi abah suruh i la yang buat sendiri sebab lama jugak dia nak keluar habis, abah suruh slow2 picit sampai keluar darah, darah tu darah kotor, so kena keluarkan la..

ada kot 2 hari i duk urut2 jari i..sambil lap2 dengan tisu..makan ni xyah cakap la, komfem pakai sudu..bila dah segalanya keluar, i nampak macam kuku i senget sikit, so betullah abah cakap tu, kuku tu dimakan oleh kuman yang akan buatkan kuku tu mati..nasib baik cepat cucuk, kalau biar je, tah la kena potong jari kot..*oh tragisnya

tapiiiiiiiiiiiii, sape cakap i stop gigit kuku after kejadian ni???haha dengan tanpa keinsafan i duk gigit jugak kuku..nak habaq betapa ketegaqnya i..then dah masuk sampai form 4 i stop..haha..stop yang serious, sampai kuku i boleh jadi cantik balik..cer korang teka kenapa???hint dia, bukan sebab jari i kena potong atau disebabkan kesakitan

"kau x malu ke nanti boifren kau tengok kuku kau x cantik?kuku dia tah ke lagi cantik dari kuku kau..dia tengok muka dah cun, sekali kuku buruk,reject terus"..pehhhhh sebab ni je i stop..i pun rasa macam x percaya..sakit yang macam nak gila x dapat bagi pengajaran pun kat i, tapi sebab nak nampak cantik di mata boifren je i sanggup stop..tudiaaaaaaa......









p/s : sekadar berkongsi pengalaman

No comments:

Post a Comment