Sunday, April 29, 2012

sireh pinang dihulurkan

sebenarnya susah sangat rasanya nak mulakan update kali ni..dah banyak kali dah close tab setiap kali rasa nak update..sebabnya, i xnak bercakap tentang sesuatu berdasarkan nafsu dan emosi..

yup, it's about bersih 3.0

let's be on a natural side 1st..what is bersih?some people really don't get it what bersih is all about, they don't even give themselves chance to getting to know bersih..meanwhile in facebook status, kritikan cacian luahan pasal bersih berjela2..bila kita baca, nampak sangat ramai yang x paham, sebab perdebatan yang diutarakan tu x kena mengena..ikut hati nak je reply tapi tahankan je diri untuk x beremosi seperti mereka..

1st i nak sentuh pasal tuntutannya; ketelusan pilihanraya..kepada yang xtaw pape tapi nak jugak turut serta mengutuk, ni nak bagitaw yang ini adalah salah satu tuntutan bersih..kenapa perkara ni perlu dituntut?senang je, sebab ada kejadian yang x telus..bukti?humm dah banyak sangat statistik pasal ni..i bagi contoh mudah, my own father..pernah sekali ic dia dipalsukan masa dekat pilihanraya, cek2 ada kat tawau..i'm sure ramai je lagi yang terkena macam ni, tapi people keep on blinding their eyes and mind..balik2 nak ckp pasal buang masa join bersih..kita tengah cakap pasal nak menuntut supaya pilihanraya dibuat dengan telus, buang masa ke macam tu?mungkin effect nya sebesar semut, tapi at least ada kebangkitan dari crowd yang nak keadilan dalam negara ni..kalau kita x boleh nak sumbangkan apa2, duduk diam makan kacang jelah..mereka yang berhimpun tu ada pegangan mereka sendiri, biarpun panas dan penat dan tawu berisiko, tapi demi sebuah keadilan, mereka rasa sanggup untuk berkorban..

yang x menyokong ni lancang je cakap tah pape, kritik sangat2 pegangan orang lain..sebab?xsealiran macam apa yang dia percaya?humm kalau camtu, jangan marah la kalau orang bangkang gila2 kau hisap rokok..kau percaya yang hisap rokok tu segala2nya la ape lah, tiba2 ada sorang ni bangkang2 kau, maki2 kau cakap pasal kejadah hisap rokok ni xbaik la itu la, agak2 kau rasa apa?..dapat x analogi dia sekarang?..so kalau x sokong, jangan hina pandangan dan pegangan orang lain sepertimana orang boleh stay cool tanpa cacian tengok kau post gambar2 isap rokok kau tu..

lagi 1, pasal rasuah..x kesah la betapa banyak atau kurang sekalipun statistik rasuah dalam negara kita ni, rasanya wajar je kalau itu menjadi satu tuntutan..sikit atau banyak, ia tetap melibatkan wang yang bersumberkan penat lelah rakyat yang bayar tax dan sebagainya..bukan kita xnak pemimpin tu, pemimpin ni, datuk tu, tan sri ni..kita nak rasuah tu yang dihapuskan..kenapa perlu takut?bukankah kalau kerajaan sendiri pun memang akan memerangi rasuah?fikir-fikirkan lah kenapa tiba2 ia jadi satu masalah apabila ditimbulkan..jika sekiranya pembangkang ambil alih tampuk pemerintahan dan berlaku juga rasuah, kebangkitan akan tetap dijalankan sebab perjuangan kita mahukan bersih..ada yang cakap, tu hak peribadi sesorang tu, tu urusan dia dengan Allah, tengoklah kepada jasa dia bergunung kat rakyat..haih..sape2 tolong facepalm kejap budak ni..dia x tawu gamaknya rasuah tu apa..nak jadi macam indon ke?kat sana rasuah tu dah jadi macam periuk nasi pemimpin, so tengok negara dia macam mana..yang kaya bertambah kaya, yang miskin memburuh di negara orang..

ada yang menentang sebab cara ia dilaksanakan..tolong jangan cakap "buat secara berdamai lagi bagus kan"..humm benda tu sedekad yang lalu dah buat..tapi makin menjadi2 je sekarang ni..apa lagi cara yang manis yang boleh buat?demonstrasi la jawapannya..bukannya kita buat rusuhan, kita buat secara aman..duduk bantah..tapi ada jugak yang buat kacau, keamanan yang dicari dirobek dengan keganasan yang mereka sendiri mulakan..lihatlah tadi, +-100 000 orang yang berhimpun..matlamatnya hanya 1, bersih..kalau bersih ni hanyalah agenda pihak2 tertentu, x kan seramai ni yang akan ikut..dah la semua kaum plak tu..bukannya nak menentang pihak kerajaan atau nak jadi anti malaysia..tapi, nakkan keadilan dalam berdemokrasi..benda ni yang menjamin kesejahteraan dan keamanan sesebuah negara tu sebenarnya..

ok lah, xnak panjang2 lagi..nanti jadi kes pulak..rasanya post ni x berbaur hasutan atau kecaman..hanyalah perkongsian dan luahan dari seorang mahasiswa..kita semua nakkan perubahan..jika pihak kerajaan dapat memerintah lagi malaysia ni, jadikan bersih ini sebagai pembakar semangat untuk memperbaiki kecacatan yang berlaku..proud to be malaysian <3













p/s : berdoa

No comments:

Post a Comment